Dengan Bantuan Netizen, Akhirnya Pasangan Kembar Ini Dipertemukan Selepas 16 Tahun Terplsah

Pertemuan yang penuh dengan tangis dan hiba apabila dua adik-beradik kembar seiras ini bertemu akhirnya selepas 16 tahun terpisah. Pasangan kembar ini tidak tahu mereka mempunyai adik-beradik kembar selepas dipisahkan dan dijadikan anak angkat oleh keluarga berbeza ketika berusia empat tahun.

Bagaimanapun, mereka berjaya dipertemukan atas bantuan netizen di media sosial Twitter dan TikTok.

Dijemput ke Jakarta jumpa kembar

Laman media sosial di Indonesia kecoh dengan pasangan kembar iaitu Nabila dan Nadia yang telah terpisah selama 16 tahun. Malah, netizen juga merasai pelik apabila melihat kedua-dua gadis ini memiliki wajah seiras.

Nabila sebagai kakak dibesarkan di Goa, Sulawesi Selatan manakala anak bongsu daripada 15 adik-beradik itu, Nadia dibesarkan di Depok, Jawa Barat. Mengetahui tentang perkara ini, pelakon wanita Indonesia, Gritte Agatha mempertemukan pasangan kembar tersebut di saluran Youtube miliknya.

Terpisah selepas 16 tahun

Pada permulaan video tersebut, Gritte sedang berbual bersama Nadia dan berkongsi kisah bagaimana dia boleh mengetahui bahawa dia punyai kembar kepada penonton. Namun, dia tidak mengetahui bahawa kembarnya iaitu Nabila sedang bersembunyi di dalam sebuah bilik di studio berkenaan. Gritte juga mengajak Nadia membuat panggilan video melalui telefon kepada Nabila sebelum kembarnya itu membuat kejutan.

Dia punyai fansbase. Dia terkenal dengan video di TikTok. Aku juga pernah DM ke Nabila tapi tidak direspon. Aku juga minta bantuan orang ramai untuk komen di Twitter supaya dia notis (menyedari). Sebelum ini aku juga menyedari wajah aku tidak mirip dengan kakak-kakak aku. Rakan-rakan juga mengatakan perkara yang sama.

Setelah mendapat DM dari Nadia, Nabila terus membuat keputusan untuk video call dan dia sendiri terkejut melihat wajah Nadia iras dirinya sebelum bertanyakan lebih lanjut mengenai nama, umur, tarikh lahir, ketinggian dan sebagainya.

Di akhir rancangan ini, Nadia terkejut dan menangis sebaik sahaja terlihat figura kakak kembarnya itu muncul di depan mata. Mereka saling berpelukan dan menangis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.