Patung Elsa Berhantv, Pulang Ke Rumah Selepas Dibvang

Semua orang tahu bahawa patung permainan kanak-kanak adalah sesuatu yang menakutkan. Telah banyak filem Hollywood mahupun tempatan dihasilkan untuk membuktikan perkara itu.

Tetapi satu patung yang tidak ramai orang pasti tidak sangka dapat menakutkan mereka adalah sebuah patung watak Disney iaitu Elsa.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila patung permainan anaknya yang diterima sebagai hadiah Krismas 5 tahun lalu mula berkelakuan pelik.

Menulis di Facebook, Emily Madonia berkata saat pertama patung itu mula menakutkan mereka sekeluarga adalah apabila ia bercakap dan menyanyi dalam bahasa Sepanyol.

Emily berkata patung Frozen yang selalunya bercakap dalam bahasa Inggeris itu tidak mempunyai butang di badannya untuk menukar bahasa.

Lebih menakutkan mereka, patung itu tetap akan bercakap dan menyanyi ketika butangnya dimatikan.

Dengan kebenaran anak mereka Aurelia, Emily dan suaminya Mat memutuskan untuk membuang anak patung itu.

Tetapi keadaan hanya menjadi lebih menyeramkan apabila patung itu kembali ke rumah mereka, bukan sekali tetapi dua kali.

Malah kali kedua mereka membuang patung itu mereka memastikan ia dipungut oleh lori sampah. Apabila mereka pulang dari bercuti, anak mereka memberitahu dia ternampak patung itu di belakang rumah.

Oleh kerana membuang patung itu tidak berkesan, Emily dan suaminya merasakan bahawa cara untuk memastikan patung itu tidak kembali adalah jika ada orang lain yang menjaganya.

Jadi mereka mengeposkan patung itu kepada rakan mereka Chris yang tinggal jauh dari mereka apabila lelaki itu sendiri tertarik dengan kejadian yang menimpa keluarga itu.

Emily mengesahkan bahawa Chris telah menerima patung Elsa itu dan melekatkannya di hadapan keretanya untuk memastikan patung itu tidak kemana-mana.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen menyarankan supaya patung itu dibakar untuk mengetahui jika ia dirasuki.

Ramai juga tidak sabar ingin mengetahui jika patung itu akan kembali sekali lagi ke rumah mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.