Penggunaan Straw Tidak Wajlb Tapi Kementerlan Keslhatan Malaysia Akhlrnya Bersvara

Kecoh di media sosial berhubung penggunaan serai bagi menggantikan penyedut minuman atau straw.

Hasil cadangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dikatakan satu usaha murni untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Walaubagaimanapun, usaha tersebut telah menerima pelbagai kecaman selain mengundang usikan kebayakan netizen.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital adalah tidak wajib.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada operator kantin dan kafe jika mendapati ia praktikal serta ekonomi.

“Banyak pilihan penyedut minuman, ada diperbuat daripada jagung atau kertas. Terpulang kepada operator kantin dan kafe.

“Bagaimanapun, ini cadangan yang baik jika ia tidak membebankan dari segi kos kepada operator kantin dan kafe serta ia praktikal, amat digalakkan,” katanya.

Terdahulu, isu straw ini tercetus apabila Pengerusi KADA, Datuk Husam Musa mengumumkan serai akan digunakan sebagai penyedut minuman yang akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan plastik.

Sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.