Wah, Semangat Jejaka Kacak Ni ‘Lain Macam’ Selepas Berdvet Dengan Tok Ti “Tak Tahu Kenapa Ada Yang Tak Suka, Iri Hatl”

PELUANG yang tak pernah disangka!

Begitulah kata-kata Zaid Aswan Shaharudin apabila dia diberi peluang berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Sabtu lalu di sebuah hotel di Putrajaya.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Yaz mengakui bersyukur apabila dapat berdiri sepentas dengan wanita yang dijadikan idolanya sejak sekian lama.

“Pada masa itu saya hadir ke annual dinner syarikat dan ada pertandingan cari bakat. Saya menang tempat pertama.

“Kami kemudiannya dimaklumkan Tok Ti akan sampaikan hadiah. Tak sangka dia ajak duet. Sebelum naik pentas saya memang berdebar.

Posting Yaz yang tular di Twitter.

“Saya hanya fikir nak buat yang terbaik. Alhamdulillah, dia pun suka nyanyian saya. Saya bersyukur sangat,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Biarpun dipuji oleh penyanyi lagu Anta Permana itu, Yaz juga tidak terlepas menerima komen negatif di laman sosial.

Namun katanya, dia tidak ambil hati dan enggan menghiraukan segelintir individu yang seolah-olah kurang senang dengan dirinya.

“Memang ada yang komen negatif. Tak tahu kenapa… mesti ada yang tak suka, iri hati. Tapi saya tak boleh kawal mereka.

Kalau ada rezeki, saya tak tolak. Keyakinan saya juga bertambah lepas duet dengan Tok Ti hari tu.

ZAID ASWAN SHAHARUDIN

PENYANYI TULAR

“Jadi saya abaikan sahaja. Ada yang kata saya beria post video di media sosial, ada yang kata saya bangga. Tapi memang bangga pun duet dengan Tok Ti,” katanya.

Dalam pada itu, Yaz turut menyifatkan peluang tempoh hari sebagai satu platform untuk mengetengahkan bakatnya.

Kata Yaz, dia memang suka menyanyi dan tidak menolak seandainya diberi peluang untuk berkecimpung dalam bidang seni.

“Saya memang suka menyanyi dan pernah masuk beberapa pertandingan sebelum ini. Memang teringin nak jadi penyanyi untuk ubah hidup dan keluarga.

Yaz mengakui gembira dapat berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Kalau ada rezeki, saya tak tolak. Keyakinan diri makin meningkat lepas duet dengan Tok Ti hari tu,” katanya lagi.

Sehingga kini, video duet lagu Can’t Take My Eyes Off You nyanyian asal Frankie Valli itu menerima hampir 20,000 tontonan di Twitter.

Malah, Yaz turut berkongsi video itu di lama Instagram dan Twitter miliknya.

Yaz tidak menolak seandainya ada tawaran dalam bidang seni.

Ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen sejak dimuatnaik Isnin lalu.

“Tahniah semoga satu hari nanti menjadi artis yang berbakat.

“Tahniah, impian kamu jadi nyata.

“Yes, bukan senang nak berduet dengan dia,” tulis beberapa netizen.

Kata Yaz lagi, dia juga mahu mengucapkan terima kasih atas kesudian Tok Ti berduet dengannya tempoh hari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.