“Bantu Sesama G0longan” Sem0ga Dipermudahkan Segala Urusan Dik

BERGELAR orang kurang upaya (0KU) tidak membatasi sifat kemanusiaan apabila dua pelajar OKU sebuah sekolah menengah menarik perhatian kerana membantu menyuapkan makanan untuk rakan mereka, baru-baru ini.

Gambar dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Balik Pulau di Pulau Pinang menyuapkan makanan untuk rakan mereka ternyata menyentuh perasaan warganet apabila gambar itu tular di laman sosial.

Menceritakan semula detik itu, pembantu makmal SMK Seri Balik Pulau, Siti Hajar Ibrahim, 42, berkata, gambar itu dirakam ketika sesi rehat sekolah berkenaan pada hari kedua persekolahan bermula awal bulan ini.

Menurutnya, tindakan spontan dua pelajar 0KU yang menyuapkan makanan kepada rakan mereka ternyata menyentuh perasaan kerana membuktikan kekurangan tidak membatasi sifat kemanusiaan.

“Saya terpegun melihat kesungguhan mereka membantu rakan untuk makan sehingga sanggup menyuapkan makanan. Detik itu saya rakam kerana tersentuh dengan tindakan spontan dua pelajar berkenaan.

“Walaupun kekurangan, tapi nilai kemanusiaan mereka sangat tinggi sedangkan mereka juga 0KU. Ada kalanya kita sendiri melihat sifat sedemikian tidak ada pada manusia normal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Siti Hajar berkata, gambar yang dirakam itu kemudiannya dikongsi di Facebooknya namun tidak menyangka ia tular dan mendapat reaksi positif warganet.

Katanya, apa yang dilihat memberi pengajaran agar manusia normal perlu memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi dalam membantu insan lain tanpa sebarang alasan.

Perkongsian Siti Hajar dikongsi ramai warganet yang kagum dengan sikap prihatin pelajar 0KU berkenaan dan ia perlu dijadikan contoh kepada masyarakat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: video viral

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.