Abang Panggil Adik Minta Dekatkan Rem0te TV, Netizen K0ngsi Cerita

Kebanyakkan anak sulung atau anak tunggal yang tidak mempunyai kakak atau abang sering menyuarakan keinginan mereka untuk mempunyai adik beradik yang lebih tua dari mereka.

Ini kerana menjadi ‘adik’ mempunyai lebih banyak kelebihan daripada menjadi anak pertama atau anak tunggal.

Selain itu, menjadi adik juga bermakna semua barang milik abang dan kakak akan menjadi milik mereka juga. Tambahan lagi, mempunyai adik beradik yang lebih tua dapat membantu dalam kerja sekolah.

Malah abang dan kakak juga dapat menjadi contoh dan memimpin tangan adik apabila melangkah ke alam baru.

Ternyata banyak lagi kelebihan menjadi adik dalam keluarga. Namun itu tidak bermakna mereka yang bergelar adik tidak melalui kesusahan.

Seperti dalam satu video yang tular, seorang abang meluahkan rasa syukur kerana diberikan adik yang baik.

Video yang dikongsikan menunjukkan si abang cuba mengambil alat kawalan jauh TV yang berada di sebelahnya.

Namun kerana malas untuk bangun dari posisi untuk mencapai remote itu, individu warga indonesia tersebut memanggil adiknya untuk mendekatkan alat tersebut ke tangannya.

Malah dia juga sempat menyuruh adiknya membuka kipas untuknya sebelum beredar.

Perkongsian itu mengundang netizen untuk berkongsikan pengalaman mereka diperlakukan sebagai ‘hamba abdi’ oleh adik beradik yang lebih tua, malah ibu bapa juga.

“Sama bangeettt kaya ibu…”

“Pengabdian aku selama ini gasia sia…”

“Semua dah besar sekarang, tak dapat buli…”

“Makin besar skr makin susah mintain tolong…”

“Sumpah ini kek bapakku…”

“Ibu males berdiri lagi…”

“Punya kaki kan lo emangnya gue pembantu?….”

“Kenapa semua abang kaya gini sih…”

Namun ada juga yang mengaku pengorbanan mereka tidak sia-sia kerana kakak dan abang mereka menghargai jasa mereka dan memberi bermacam-macam ganjaran setelah mereka dewasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.