Aliff Aziz K0ngsi Vide0 Anak Dan Bella Astillah, ‘Usaha’ Dipuji Netizen

Pelakon, Aliff Aziz menerusi laman Instagram miliknya ada berkongsikan satu rakaman video bersama bekas isteri, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Tidak hanya berdua, kelihatan Aliff Aziz dan Bella Astillah meluangkan masa bersama anak mereka yang dikenali sebagai Muhamad Ayden Adrean.

Video berkenaan bagaimanapun meraih perhatian peminat dan pengikut yang rata-rata memberikan pelbagai maklum balas positif mendoakan Aliff Aziz.

Video dikongsikan Aliff Aziz raih perhatian ramai


Baru-baru ini, tular mengenai satu spekulasi Aliff Aziz dan Bella Astillah yang dikatakan rujuk kembali selepas ada foto mereka tersebar. Namun begitu, tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua selebriti ini.

Biarpun begitu, melihat perkongsian Aliff Aziz bersama kapsyen sweet membuatkan ada yang mendoakan terbaik buat Aliff Aziz.

“It’s you. It’s always you. If I’m ever gonna fall on love, i know it’s gonna be you. It’s you. It’s always you. Met alot of people but nobody feels like you.”

Ternyata, ada juga yang mengharapkan penyanyi dan pelakon ini menjaga Bella Astillah jika mereka benar-benar bersama kembali selepas bercerai pada Mei tahun lalu.

Bella Astillah juga dilihat meninggalkan komen yang turut mendapat respon positif ramai yang mendoakan mereka berdua.

“Saya doakan yg terbaik utk anda berdua”

Reaksi positif ramai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Aliff Aziz

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.