“Dia0rang Pergi Restaurant N0n halal” C0mpany Buat Makan-Makan, B0s Bagi RM150 Sebab Lelaki Ini ‘The 0nly Malay’

Bila nak dekat dengan sambutan Tahun Baru Cina mesti banyak company yang akan buat majlis makan-makan sempena menghargai para pekerja mereka.

Baru-baru ni seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya di laman Twitter yang mana dia tidak pergi ke majlis makan-makan company disebabkan mereka pergi ke restoran tidak halal.

Namun, lelaki ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh majikannya apabila dia juga mendapat wang sebanyak RM150 ringgit untuk pergi makan di mana-mana kedai yang disukainya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana rakan sekerjanya membuat keputusan untuk pergi sahaja makan di restoran tak halal kerana lelaki ini merupakan satu-satunya melayu dalam syarikat tersebut.

“Kalau diaorang pilih untuk pergi ke restoran halal hanya sebab aku sorang je, mesti awkward”

Dia juga sempat bergurau bila memuat naik gambar daripada group whatsApp yang mana rakan sekerjanya meletakkan gambar-gambar mereka di restoran tersebut.

“Aku syak dorang lupa aku kerja situ. Harey betul semua kat sana kot hantar gambar dalam group buat apa?” Katanya.

Lelaki ini juga turut menegaskan bahawa tweetnya ini hanyalah gurauan semata-mata. Malah dia tidak berkecil hati dengan perkara ini.

Yelah, nak buat apa sentap, dapat RM150 kot.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.