“Kalau Tak Habis Kena Tamp@r, Pvkul” Lelaki Sebak Lihat Budak Lelaki Tidur Depan 7E, Rupanya Dip@ksa Bapa Jual Perfume

Setiap orang pasti ada ujian yang Allah berikan kepadanya. Ada yang diuji dengan kemewahan melimpah ruah dan ada pula diuji dengan kemiskinan hingga terpaksa tidur di tepi jalan demi mencari sesuap nasi.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki bernama Mohd Najid telah menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang budak lelaki yang tidur di depan 7Eleven dan dipaksa bapanya untuk menjual minyak wangi.

“Maaf pakcik, saya tak minta sedekah” 

Menurut Mohd Najid, secara kebetulan pada satu malam itu, dia ternampak seorang budak yang berusia dalam lingkungan 11 ke 12 tahun sedang nyenyak tidur di atas lantai di tepi kedai 7E tanpa beralaskan apa-apa.

Di sebelah budak tersebut kelihatan selonggok barangan seperti botol minyak wangi. Keadaan budak tersebut membuatkan Najid tersentuh hati dan ingin menderma kepadanya.

Namun agak mengejutkan bila budak tersebut katanya tidak meminta sedekah. Dia menjual ‘perfume’ tersebut dan perlu habiskan ia sebelum pulang ke rumah. 

“Ya Allah… mulianya hati anak ini. Aku begitu sayu melihatnya” 

“Ayah tak bagi balik selagi tak habis barang dijual”

Keesokan harinya, Najid kembali memuat naik status baru dan kali ini dia mendapat kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku kepada budak yang dijumpanya malam tadi.

Menurut pekerja 7Eleven yang disoalnya, ibu bapa budak tersebut sudah berpisah. Ayahnya telah memaksa budak tersebut untuk menjual bermacam-macam barang termasuklan perfume yang dia lihat semalam. 

Lebih menyedihkan, budak ni tak boleh pulang ke rumah selagi perfume tu tak habis dijual. Kalau tak habis katanya budak tu mesti kena pukul dan tampar pulak tu. Allahu… bapak jenis apa ni?? 

“Kena report polis dan JKM. Takkan nak biarkan dia kena pukul hari-hari” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini berasa simpati dan tersentuh sehingga ada yang memberi cadangan supaya hal ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Lagipun budak seusia macam tu patutnya berada di sekolah dan belajar, bukannya kerja untuk mencari duit pulak.

Apa-apapun diharapkan kes budak ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan individu bertanggjawab membantunya. Kesian pulak bila diperlakukan macam tu. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.