“Sebenarnya Saya Takvt Sangat Nak K0men Sebab” Mengapa Linda Jasmine

Kehangatan program realiti tarian dan nyanyian, Dansa Dan Sing kian terasa apabila komen dan teguran yang diberikan oleh salah seorang juri tetap program berkenan, Linda Jasmine terhadap peserta mendapat perhatian penonton.

Bagaimanapun, Linda ada memberi teguran dan komen kepada kumpulan Atilia Haron, Yasmin Hani & The Lola supaya tidak menjadikan perbezaan umur sebagai satu alasan dalam pertandingan.

Lalu, Linda memperjelaskan bahawa teguran dan komen itu bersifat positif dan sebagai nasihat kepada peserta memberikan persembahan yang terbaik dalam rancangan tersebut.

“Sebenarnya saya takut sangat nak komen sebab saya takut saya tersalah cakap. Bila saya tegur mereka bercakap pasal umur dan kumpulan pesaing saya bukan apa, saya takut pengalaman saya di Akademi Fantasia (AF) terjadi pada mereka.

“Berdasarkan pengalaman saya dalam AF bila ada pelajar yang cakap perkara sedemikian dalam AF, penonton tak suka sebab apa yang saya tahu penonton dia tak nak tahu alasan sedemikian.

“Jadi kalau boleh saya nak semua peserta untuk elakkan melakukan perkara macam tu,” jelas Linda jujur.

Linda bagaimanapun akui bukan suatu hal yang mudah buat seorang penyanyi, apabila perlu menghafal langkah demi langkah tarian saban minggu.

Namun, itulah cabaran yang perlu dihadapi menerusi program ini.

Rancangan Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza.

Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.

Konsert minggu ini yang bertemakan ‘Vice Versa Irama’, pelakon dan pelawak Datuk AC Mizal diundang sebagai juri jemputan.

Program realiti tarian ini ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.