Selepas 14 Hari Bersalln,Bek@s Isteri Dai Farhan Dedah Nama Anak Kedua, Nik Farrel Fahim

Genap 14 hari melahirkan permata kedua, bekas isteri Dai Farhan iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris kini mendedahkan nama anaknya,Nik Farrel Fahim.

Perkara itu dikongsikan Fatin di Facebook miliknya selepas mengadakan majlis akikah bayi berusia dua minggu itu.

“Nama diberi Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan😊

“Syukur Alhamdulillah selesai dan sempurna aqiqah anak, sembelihan dua ekor kambing untuk anak lelaki ummi di tanah suci kota Mekah tajaan dr @aqiqahcentredotcom,” tulisnya sambil disertakan kredit kepada mereka yang menjayakan majlis berkenaan.

Terdahulu, Fatin dan Farhan pernah berkahwin dan bercerai dengan talak satu.

Hasil perkongsian  hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 1 tahun 7 bulan dan Nik Farrel yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.

Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.