Ariff Bahran Nak Sambung Pengajian Semula, Tapi

Penyanyi Ariff Bahran memberitahu bahawa dia berhasrat untuk menyambung semula pengajiannya yang sudah tertangguh selama ini.

Bagaimanapun, Ariff atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 22, berkata, dia belum mengetahui masa yang sesuai untuk ke kuliah semula memandangkan dirinya kini sibuk dengan jadual seni.

“Sebenarnya sebelum ini saya sudah menyambung pengajian. Cuma, saya bukanlah berhenti terus, sebaliknya membuat penangguhan kerana ketika itu saya agak semakin sibuk.

“Saya tunggu jap, kalau saya dah jumpa masa yang sesuai, saya akan berusaha untuk sambung pengajian itu semula,” katanya kepada HLive!

Sebelum ini, pelantun lagu Bicara Rasa itu menyambung pengajiannya dalam jurusan seni di Universiti Antarabangsa Malaya-Wales.

Dalam perkembangan lain, menurut Ariff, pada tahun ini dia mahu menghasilkan lebih banyak lagu.

“Ia sebahagian daripada apa yang saya mahu lakukan pada 2020 ini daripada terus menyanyikan lagu orang sahaja,” kata pelantun lagu Kata Akhirmu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.