“Cikgu Mana Yang Berlagak ni” Lelaki Hldap Depresl Teruk Terima Penghinaan Daripada Bekas Rakan Sek0lah

Mesti korang dah banyak kali nampak atau dengar mengenai kempen kesedaran tentang penyakit dan bahaya depresi.

Tapi masih ramai juga yang memperlekehkan dan mengambil remeh terhadap individu yang sedang mengidapi penyakit ini.

Baru-baru ni tular di laman Facebook mengenai seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit depresi dan menerima penghinaan terhadap status dirinya oleh bekas rakan sekolah.

Mengikut hasil screenshot perbualan yang tersebar itu, kejadian ini bermula apabila seorang guru yang merupakan bekas rakan sekolah kepada lelaki yang dikenali sebagi mirul telah menegurnya di aplikasi Facebook messenger.

Guru berkenaan pada mulanya hanya ingin mengetahui akan tujuan kawannya itu berada di wad psikitri dekat hospital.

Kemudian, lelaki ini turut menjelaskan tujuan dia datang ke hospital dimana dia sebenarnya mempunyai masalah major depressive disorder, bipolar anxiety.

Bukan itu sahaja dia turut menjelaskan bagaimana dia boleh diserang oleh penyakit ini.

Tapi, berlaku perkara sebaliknya apabila guru tersebut seperti memperlekehkan dan semakin memperkecilkan mengenai kehidupan rakannya itu.

“Satu sekolah kenal kau pelajar yang slow repeat STPM 2012 dulu aku dengan yang lain-lain tengah tahun pertama buat ijazah, kau repeat lagi. Ketinggalan giler kau”

“Now kau dah habis pun tetap macam ni” Guru.

Namun, individu ini tetap tenang menerima hentaman hebat daripada rakannya yang bukan sahaja tidak menjaga tutur katanya.

Rakannya ini juga seperti menyalahkan tindakan lelaki ini yang pernah memohon jawatan guru di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) kerana dia tidak mempunyai kelayakan.

Dia terus mempersoalkan akan masa depan dan kerjaya yang kononnya hanya layak untuk lelaki ini.

Rata-rata netizen bengang dengan sikap guru ini yang mana dia kelihatan seperti tidak mempunyai rasa simpati terhadap rakannya itu.

Bila baca keseluruhan chat ni, boleh di simpulkan bahawa tidak semestinya bila kita mempunyai kerja yang lebih baik dari seseorang itu, kita boleh memperlekehkannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.