Dikatakan Mirip Jutawan K0smetik, Ini Resp0n ‘Semp0i’ Penjaga G0l Pasukan Penang FA

Penjaga gol pasukan Penang FA, Samuel Jacob Somerville mendapat perhatian ramai selepas muncul di laman Instagram FA Penang Official. Penjaga gol kacukan England-Malaysia ini viral dikatakan mirip wajah jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri selepas ditweet seorang individu.

Di ruangan komen, wajah serupa mereka membuatkan netizen menyangka mereka adalah kembar yang terpisah. Ini pula respon Somerville.

Penjaga gol Penang mirip jutawan kosmetik?

Sebelum ini, penjaga gol berusia 26 tahun ini sudah empat tahun berkhidmat untuk pasukan simpanan Johor Darul Takzim (JDT). Mahu mencabar diri jauh dari keluarga JDT, dia kemudiannya mengambil keputusan menyertai pasukan Penang FA.

Siapa sangka, lelaki kelahiran Brackmell England ini dikatakan mirip jutawan kosmetik selepas wajahnya viral di media sosial. Malah, perkongsian Hisyam Aziz yang mendapat lebih 10k retweet ini mendapat respon daripada empunya badan sendiri. Apa kata Somerville?

‘Ramai orang cakap sama’ – Somerville

Menurut Somerville, ini bukan pertama kali dia dikatakan mirip pengusaha kosmetik tersebut. Malah, dia sendiri meminta dirinya ditagged berikutan tweet menjadi viral.

Di ruangan komen lain, ada yang menyangka mereka adalah pasangan kembar yang terpisah. Tidak kurang juga yang berseloroh beruntung mempunyai kembar jutawan di Malaysia, Somerville dengan selamba memberi respon ‘berharap mempunyai jumlah yang sama di dalam akaun bank’.

Untunglah ada kembar jutawan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.