“Finally Y0u Siap” Siti Saleha Dedah ‘Mak Leha’ Tak Sabar Nak Gadvh

7 Hari Mencintaiku merupakan salah sebuah drama yang diakui drama Melayu terbaik apatah lagi sarat dengan pengajaran yang melibatkan hubungan suami isteri, ahli keluarga dan sahabat.

Bahkan, drama ini pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun 2016 dengan lakonan hebat daripada beberapa pelakon yang kini juga masih menjadi pilihan ramai peminat drama tempatan untuk menyaksikan lakonan mereka.

Bagaimanapun, setelah pelakon Syazwan Zukifly dan Wan Sharmila memberikan bayangan bahawa adanya musim kedua drama berkenaan dan kini terbaru, Siti Saleha pula menambahkan perasaan tidak sabar peminat untuk menyaksikan musim kedua itu.

Lucunya pula, Siti Saleha berkongsikan rakaman video 7 Hari Mencintaiku 2 yang kelihatan dia bersama watak Mak Leha yang dilakonkan oleh pelakon hebat, Liza Abdullah.

Siti Saleha kongsi video 7 Hari Mencintaiku 2


Ujar pelakon jelita ini, Mak Leha seperti sudah tidak sabar untuk bergaduh dengannya yang memegang watak Mia Adriana dalam drama 7 Hari Mencintaiku.

“Mak Leha memang tak sabar nak gaduh ngan Mia. Kesian Mia, time pregnant pun nak cari gaduh. First day on set together.” Katanya menerusi posting berkenaan.

Dedahnya moment itu merupakan hari pertama di set pengambaran bersama dan dapat dilihat masing-masing sangat riuh sehingga peminat dan pengikut juga seronok.

Ternyata, ramai juga meluahkan rasa tidak sabar menantikan musim kedua drama berkenaan yang mana dahulunya menjadi drama pilihan netizen yang paling best.

“Tak sabar nak tengok”

“Cpt la tayang kan drama ni….”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Siti Saleha

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.