“Saya Harap Allah B0leh Bawa Abang Alif Pulang Semula Ke Rumah” Anak Nora Ariffin Mimpi Arw@h Abangnya

Penyanyi Nora Ariffin memberitahu bahawa anak bongsunya, Putri Nur Fatehah bermimpi akan arwah abangnya, Alif malam tadi.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Pagi ni Fatehah bangun daripada tidur. Buka mata, Fatehah cakap, ‘Mama, Fatehah mimpi abang Abang Alif. Seronok sangat’.

“Kemudian dia bercerita…sampai habis. Akhir sekali, Fatehah kata, ‘Saya harap Allah boleh bawa abang Alif pulang semula ke rumah,” tulisnya.


Pada masa sama, pelantun lagu hit Di Persimpangan Delima itu mengakui dia amat merindui arwah anaknya itu.

“Ya Allah, sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui hati seorang ibu yang merindui anaknya dan anak kecil yang rindukan seorang abang, juga papanya. #mamarindualif,” luah Nora.

Perkongsian Nora itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar Nora terus cekal melalui kehidupan mendatang.

“Semoga Allah kurniakan ketabahan buat Kak Nora sekeluarga.

“Ya Allah! Kuat betul dugaan ke atasmu Kak Nora. Namun, kak Nora sangat kuat. Kami semua turut bersedih kak, Al-Fatihah,” tulis sebahagian netizen.

Sebelum ini, anak kedua Nora, Mohd. Syakir Alif meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember lalu.

Terdahulu, Nora juga diuji apabila kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017.

Hasil perkahwinan, Nora dikurniakan empat cahaya mata, Mohd. Syakir Iman Johan, 26, Mohd. Syakir Alif, 20, Putri Nur Dahlia, 13, dan Putri Nur Fatehah, 7.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.