“Sem0ga Semuanya Berjalan Lancar” Alif Muhaimin Umrah Bersama Ibu Dan Adik Beradik

Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.

Pemilik nama Alif Muhaimin Abdul Rahman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan Alif tidak keseorangan tetapi turut serta ibunya, Faridah Sheikh Mohamed dan adik beradiknya.

Alif berharap agar umrah yang dijalankan mabrur dan diberi peluang untuk datang lagi buat kali kedua.

“Umrah kedua in insya-Allah, semoga semuanya berjalan lancar. Masa berlalu begitu cepat di sini.

“It’s hard to keep track of what day it is. Alip doakan semua bahagia sentiasa dan hidup dipermudahkan okay insya-Allah,” tulisnya.


Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad turut berkongsi foto-fotonya ketika berada di tanah suci.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Alif mula dikenali selepas mengalahkan Harris Annuar, Ikmal Amry, Safwan Nazri dalam program Hero Remaja dan kini dirinya sedang aktif berlakon.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.