Vide0 K0mpilasi Tarian Dari Adik Issabelle Cecah Hampir 2 Juta T0ntonan

Sejak awal tahun ini nama adik Issabelle menjadi sebutan ramai. Dari tularnya video tarian ‘Mengantuknya Mumia’ ketika di sekolah, sehinggalah menjadi tetamu jemputan di MeleTop. Terbaru ada pula yang merangkumkan video kompilasi tarian adik Issabelle dan turut menjadi perhatian ramai.

Adik Issabelle atau nama penuhnya Issabelle Semanjan adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun berasal dari Sarawak. Gelagatnya menari mula meraih perhatian ramai selepas satu video yang memaparkan dirinya menari lagu dari Didi and Friends, ‘Mengantuknya Mumia’ ketika di sekolah beberapa hari lalu.

Dengan aksinya yang selamba dan lincah itu, adik Issabelle turut dijemput ke rancangan MeleTop pada minggu lalu menjadikan dirinya semakin dikenali ramai.


Petikan dari video adik Issabelle yang tular sebelum ini
Namun begitu mungkin ramai yang tidak tahu, adik Issabelle dikesan minat pada muzik dan lagu sejak berusia setahun lagi. Malah dia turut memiliki akaun Tik Tok miliknya sendiri.

Selain itu di Instagram miliknya, issabelle_2013, dia kini memiliki 616 ribu pengikut!

Baru-baru ini pula tular dengan satu video kompilasi tarian adik Issabelle di Facebook yang sehingga kini telah mencecah hampir 2 juta tontonan sejak dimuatnaik beberapa hari lalu.

Memang comellah gelagat si cilik adik Issabelle ini! Dari umur 1 tahun pun sudah boleh nampak bakatnya itu.

Lihat sahaja gelagat adik Issabelle secara spontan ketika sesi rakaman MeleTop baru-baru ini, pantang dengar muzik!

Harapnya adik Issabelle yang cukup berbakat dalam tarian ini meneruskan minatnya dan menghiburkan orang ramai melalui keletahnya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.