“Bijak Melet0p Gandingkan Nora Danish Terbaik” Netizen

Sudah 3 kali program Meletop mewarnai tahun baharu 2020. Meskipun, belum ada pengumuman rasmi siapa penganti Neelofa yang sudah mengundurkan diri namun program berkenaan tetap mendapat respon baik daripada netizen.

Jika sebelum ini, pelakon Erra Fazira dan pengacara Sherry Alhadad dijemput sebagai pengacara jemputan namun malam tadi, penonton dapat melihat gandingan Nora Danish pula bersama pengacara tetap, Nabil Ahmad.

Pelakon jelita itu bagaimanapun tidak ketinggalan berkongsikan beberapa keping foto ketika mengacara di program popular itu menerusi laman Instagram.

Hos jemputan Meletop, Nora Danish jadi perhatian


Selain berkongsikan foto, Nora Danish juga dilihat mengucapkan terima kasih buat Nabil Ahmad dan program berkenaan serta kepada penonton.

“Thank u @nabilzira for today, thank u @meletop for having me. N thank u penonton yang menonton.” Ujarnya melalui posting berkenaan.

Pun begitu, menerusi ruangan komen rata-rata memberikan pandangan positif apabila pengacara jemputan Meletop kali ini ialah Nora Danish.

Dalam pada itu, netizen turut akui bahawa pelakon ini sesuai untuk mengacara program Meletop dan kecomelannya juga menerima pelbagai komen ramai.

“Sesuai Nora jadi pengacara Meletop”

“Meletop plsss Nora ganti Lofa…”

“Tak pernah tak comel lah Kak Nora ni”

 

View this post on Instagram

 

Loving my outfit from #lilitxwoofiziwoo , @fashionvaletcom @minluna @fiziwoo @lilit_woman

A post shared by Nora M Danish (@noradanish) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Nora Danish

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.