“Macam Drama, Rupa-Rupanya Betul” B0s Besar MK Curtain Buat Tik T0k Menyentvh Hati, Hadiahkan Pekerja Pakej Umrah

Bagi korang yang familiar dengan Tik Tok, korang mesti kenal dengan seorang bos Cina yang sentiasa viral dengan video Tik Toknya yang menggunakan Bahasa Malaysia.

Baru-baru ni, bos Cina tersebut memuat naik video Tik Tok terbaru yang menyentuh hati netizen ramai di Twitter. Fuh respect lah bos macam ni! 

“Alhamdulillah rezeki pakcik” 

Menerusi video tersebut, lelaki Cina bernama Khiu ni telah menjemput seorang pekerjanya yang berbangsa Melayu dan bertanya apakah impian lelaki tersebut dan adakah dia ingin pergi ke Makkah. 

Khiu kemudian membuat kejutan dengan memberi hadiah pakej umrah buat pakcik tersebut. Alahai sebak pulak admin tengok…

Pakcik itu di hujung video mengucapkan terima kasih kepada Khiu dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada bosnya.

“Siapa bos Cina tu?” 

Korang mungkin kenal video-video Tik Toknya tapi tak ramai yang tahu Khiu ni sebenarnya bos besar bagi syarikat MK Curtain yang terlibat dalam industri menjual langsir.

Menerusi siasatan netizen, Khiu ni mempunyai lebih 300 pekerja dan mempunyai pendapatan sebanyak RM40 juta pada tahun 2016 lalu. Fuh hebat! Sempat lagi dia main Tik Tok ye! 

“Nanti aku dah kerja, aku harap aku dapat bos baik macam ni” 

Video ini telah mendapat pujian rata-rata netizen yang sangat suka dengan sikap bos tersebut. Beruntunglah pakcik dapat majikan yang baik hati. Bukan senang tau nak dapat majikan macam tu zaman sekarang ni.

Apa-apapun min doakan semoga umrah pakcik ni dipermudahkan dan semoga En Khiu ni terus buat Tik Tok yang lebih inspirational lepas ni. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lepat pisang

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.