Penduduk Gempar Kambing Berwajah Manusia

SEKUMPULAN penduduk digemparkan dengan seekor kambing mutan yang dilahirkan dengan wajah manusia.

Haiwan tersebut baru saja dilahirkan beberapa hari lalu di Rajasthan, India.

Pemiliknya, Mukeshji Prajapap, dari kampung Nimodia di Jaipur mendedahkan foto-foto kambingnya itu.

Foto berkenaan menunjukkan haiwan tersebut mempunyai muka yang rata dengan wajahnya seakan-akan manusia.

Pakar berpendapat bahawa kambing itu mengalami kecacatan kongenital yang jarang-jarang berlaku, dikenali sebagai ‘cyclopia’, yang mana gen dalam keadaan biasa membuat simetri muka gagal untuk menyatakan dengan jelas.

Bagaimanapun, ia bukanlah haiwan pertama yang dilahirkan dengan wajah mirip manusia, kerana sudah ada binatang lain seperti lembu mempunyai ciri-ciri unik itu.

Malah terdapat ikan yang turut dijumpai mempunyai wajah seperti manusia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.