“Saya Akan Bertanggvngjawab” Sweet Qismina Cari Pah@la, Kumpul Sumbangan Untuk Bersedekah Di Makkah

PELAKON Sweet Qismina mengambil inisiatif mengumpul sumbangan orang ramai yang berniat untuk bersedekah di Tanah Suci Makkah.

Sweet, 23, yang bakal menunaikan ibadah umrah pada minggu hadapan itu berkata, ia adalah salah satu usaha untuk dia mencari sebanyak mungkin pahala sepanjang menunaikan ibadah itu.

“Tujuan saya membuat tabung sumbangan ini adalah untuk menolong mereka yang tidak dapat ke sana.

“Saya juga terfikir apabila ustaz bercakap bahawa pahala boleh diraih dengan pelbagai cara, jadi ini adalah salah satu cara yang boleh saya gunakan dan secara tidak langsung membantu orang ramai yang berniat ingin bersedekah di sana,” katanya.

Sweet atau nama sebenarnya Farhana Qismina menerusi laman Instagramnya memberitahu kutipan yang dilakukan sejak dua hari lalu kini sudah mencecah RM2,500.

Jumlah sumbangan yang telah dibuat oleh masyarakat ke akaun Sweet Qismina

Dalam pada itu, Sweet mengakui ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang besar untuk dipikulnya.

Katanya, dia juga akan mengemaskini jumlah kutipan yang diterimanya dari semasa ke semasa.

“Bagi mengelakkan salah faham saya akan update dari semasa ke semasa tentang duit yang sudah terkutip.

“Saya sendiri akan bertanggungjawab untuk memulangkan semula duit-duit derma dengan menggunakan duit saya sendiri jika apa-apa yang tidak dijangka berlaku,” ujarnya.

Sweet bakal menjalani ibadah umrah bersama keluarganya pada 26 Januari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.