Tinggal Anak Bersama Pembantu, Ika Nabella Kembali Ke Set Penggambaran

Pelakon Ika Nabella berkongsi perubahan sejak bergelar seorang ibu selepas melahirkan Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober tahun lalu.

Kata Ika hampir sepenuh masanya bersama anak walaupun dia mempunyai pembantu yang membantunya menguruskan.

“Banyak dah berubah sejak kehadiran Noah. Masa saya pun boleh dikatakan asyik bersama anak ja. Kalau dari fizikal pun berbeza berbanding sebelum ada anak.

“Anak saya baru dua bulan tetapi saya rasa cepat sangat dia membesar. Dia dah pandai senyum, bergolek serta sudah mengenali saya.

“Noah sangat manja dengan saya. Kalau dia nangis masa pembantu dukung tapi bila saya ambil terus diam. Saya tak sangka yang diri ini sangat diperlukan dalam kehidupan seseorang,” katanya.

Ika ditemui ketika majlis pembukaan awal outlet Sephora Fahrenheit88 di Bukit Bintang pada Jumaat lalu.

Dibuka mulai 18 Januari, Sephora Fahrenheit88 merupakan pusat kecantikan terbesar di Malaysia yang membawa pelbagai jenis jenama besar dari seluruh dunia.

Tambah pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim berkata dia akan mula berlakon drama pada hujung bulan ini.

“Mula hujung bulan ini saya akan mula menjalani penggambaran macam biasa. Saya akan aktif macam kaum ibu yang lain.

“Filem saya pulak akan ditayangkan pada 2 April akan datang.  Saya berlakon ini sebelum hamil lagi.

“Jadi anak akan ditinggalkan bersama pembantu di rumah. Kalau bawa Noah ke set penggambaran memang akan hadap dia ja 24 jam,” katanya lagi.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober lalu di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.