“Tokti Bersyukur Mempunyai Peminat Yang Sentiasa Supp0rt” Ibarat Tulang Belakang Tokti

PENYANYI ternama tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara artis yang memiliki kelab peminat paling aktif iaitu SitiZone (SZ).

Walaupun usia kerjaya seni mencecah 24 tahun, sokongan peminat terutama daripada SitiZoner tidak pernah berbelah bahagi.

Dari usia remaja hingga emas, mereka tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada Siti, sekali gus menjadikan dia sebagai artis kesayangan ramai.

Menurut kata Siti yang kini mempromosikan lagu Terang, dia sudah menganggap SZ seperti keluarga sendiri.

“Saya menyifatkan ini adalah majlis istimewa sebab dapat sambut ulang tahun ke-16 SZ dan hari jadi saya yang ke-41.

“Saya bersyukur sebab memiliki peminat yang setia menyokong walaupun kerjaya sudah lebih 23 tahun. Sejujurnya, bukan mudah nak mempunyai peminat yang setia.

“Saya percaya artis datang dan pergi. Ada yang lebih hebat lagi muncul. Ada juga peminat yang membesar dengan lagu-lagu saya sudah berumah tangga dan ada komitmen lain. Mana mungkin mereka nak ikut semua majlis seperti ini. Tapi, alhamdulillah, mereka buktikan mereka setia bersama saya.

“Malah, ada juga peminat dan ahli SZ baru. Jadi, saya bersyukur dan berharap silaturahim antara saya dengan SZ dapat diteruskan sampai bila-bila. Tidak kira kalau saya masih menyanyi atau tak, yang penting kita sudah ada satu silaturahim baik. Saya sudah anggap seperti keluarga. Jadi, kalau susah senang kita sama-sama saling membantu,” katanya.

Majlis yang didatangani seramai 500 tetamu terdiri daripada peminat, ahli keluarga, penaja, rakan media dan sahabat handai itu diadakan cukup meriah bertemakan karier atau pekerjaan.

Siti yang memilih tema ahli silap mata turut menunjukkan skil bermain silap mata sebelum menghiburkan peminat dengan tiga lagu iaitu Anta Permana, Terang dan Cinta Luar Biasa.

Berkongsi mengenai hajat pada usia 41 tahun ini, Siti berkata, dia berdoa semoga terus diberi kesihatan baik.

“Pada usia ini, saya bersyukur Allah bagi usia dan kesihatan yang baik. Rezeki dalam kerjaya dan perniagaan juga berjalan lancar. Semua ada dugaan dan cabaran, tapi Allah jadikan saya lebih matang dengan setiap cabaran yang sudah diberikan pada saya atau pun kerjaya.

“Kalau ditanya apa saya inginkan pada usia ini, saya berdoa semoga diberikan kesihatan baik. Apabila sihat, saya boleh buat macam-macam kerja, aktiviti dan amal kebajikan.

“Saya berharap, apa pun cabaran yang akan datang atau lebih besar, saya boleh hadapi dengan ketabahan, kesabaran dan keimanan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Siti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 pada 9 Februari depan.

Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu dipersembahkan Bob Yusof apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.

“Memang ramai yang meminta dan memujuk saya menyanyikan lagu itu pada AJL, termasuk Bob dan penciptanya, Hael Husaini. Mereka siap berdoa supaya saya dibukakan hati.

“Malah, sejak peringkat separuh akhir lagi, ramai yang mahu saya menyanyikannya. Namun, hingga saat ini, rasanya peratusan untuk saya tidak menyanyikannya lebih banyak iaitu 80 peratus,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan dia akan berduet dengan Bob di pentas final, Siti tidak berani untuk mengulas lanjut.

“Saya tak berani nak cakap. Semua mendoakan juga. Kalau jadi, jadilah. Kita lihat nanti,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: video viral

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.