Gadis Buat Kejvtan Macam Untuk B0yfriend, Siap Gubah ‘Bunga Ayam G0reng’ Tapi Anggap Lelaki Ini BFF Je “Saya Tanya Dia Kenapa Nangls”

KEBIASAANNYA hadiah atau kejutan hari lahir dilakukan pasangan suami isteri mahupun kekasih.

Tapi berbeza dengan gadis ini apabila membuat keputusan untuk melakukan kejutan hari lahir buat kawan baik lelaki yang dianggap sebagai BFF (best friend forever) baru-baru ini.

Kisah tersebut dikongsi Hanisah Alyaa Azmi menerusi satu posting di Twitter dengan kapsyen, “Seumur hidup I tak pernah buat lelaki menangis terharu macam ni, Happy Birthday my BFF! May Allah bless you Hadi! Sorry for everything. Ingatkan perempuan je nak surprise birthday tetapi lelaki pun ada keinginan okay! So kat luar sana buatlah surprise juga for kawan or BF korang ye!”

Menurut Hanisah Alyaa, dia melakukan kejutan buat BFFnya, Muhammad Hadi Norhaidi bagi menghargai persahabatan mereka sejak setahun lalu.

“Selalu kita tengok orang lelaki buat surprise untuk perempuan. Tapi apa salahnya meraikan kawan baik sendiri. Lagipun dia pernah join kawan-kawan buat surprise untuk saya.

Hadi bersama ayam goreng Korea yang digubah Alyaa menjadi jambangan bunga.

“Saya masih lagi ingat dia pernah cakap kat saya dia teringin nak rasa diraikan. Jadi saya buatlah kejutan ini sebagai tanda menghargai persahabatan kami,” katanya kepada mStar.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu lagi, hubungan akrab mereka berdua membuatkan kawan-kawan dan ahli keluarga pernah terfikir bahawa mereka menjalinkan hubungan istimewa.

“Sebenarnya nak celebrate ramai-ramai dengan kawan-kawan lain tapi ada yang tak dapat datang. End up kami berdua jelah yang celebrate. Nampak macam dating pula.

“Ada kawan-kawan yang cakap kami couple, sampaikan family kami sendiri pun ingat kami ada apa-apa. Tapi sejujurnya kami hanyalah kawan. Saya sayang Hadi macam kawan-kawan lain,” katanya.

Mesra disapa Alyaa, gadis berasal dari Kemaman, Terengganu itu turut terkejut apabila melihat Hadi menangis dengan kejutan yang dilakukannya.

“Memang tak sangka Hadi akan menangis. Saya tanya kenapa nangis? Dia beritahu sebab tak pernah rasa momen macam ni. Dia kata kawan lain bertahun-tahun kenal tapi tak pernah pun meraikan dia macam ni.

Hadi sebak melihat gambar dicetak Alyaa semasa kejutan hari lahirnya tempoh hari.

“Dia baru kenal saya setahun tapi dah macam-macam saya buat untuk dia. Tu yang dia nangis. Part dia paling sebak bila dia tengok gambar saya selfie dengan mak dia yang tengah bertarung melawan penyakit kanser.

“Boleh dikatakan dalam setiap gambar yang saya print tu saya selalu ada dengan dia. Saya pun berterima kasih kat dia sebab dia juga rapat dengan kawan-kawan dan semua orang yang saya sayang,” katanya.

Ada kawan-kawan yang cakap kami couple, sampaikan family kami sendiri pun ingat kami ada apa-apa. Tapi sejujurnya kami hanyalah kawan. Saya sayang Hadi macam kawan-kawan lain.

HANISAH ALYAA AZMI

Namun paling menarik perhatian adalah ayam goreng Korea yang digubah menjadi bentuk bunga yang dihadiahkan kepada kawan sekampungnya itu.

“Memandangkan kalau bagi bunga macam perempuan jadi saya pun gubah ayam goreng Korea jadi bentuk bunga.

“Lagipun ayam goreng tu favourite dia. Saya bagilah apa yang dia suka. Kami kan belajar kulinari jadi mudah bagi saya nak gubah ayam goreng tu jadi jambangan bunga,” katanya.

Antara hadiah kejutan diberikan Alyaa kepada Hadi.

Dalam pada itu Alyaa mendedahkan biarpun mereka berkawan rapat, kedua-dua pernah bergaduh selama sebulan.

“Kami pernah gaduh sekejap masa study. Tapi bila fikir balik kami kan satu kampung dan satu course jadi tak bolehlah bermasam muka lama-lama.

“Susahlah nak buat kerja. Kami anggap itu asam garam dalam berkawan. Gaduh tu biasalah. Sejak dari tu kami rapat. Kami selalu spend time sama-sama,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.