Lelaki Ini Pellk Tergerak Hati Nak Pelvk Anak Yatlm Rupa-Rupanya Ada Sesuatu Yang Mahu Diblsik Kepadanya “Hati Jadi Sebakk Tak Terucap”

SIAPA tidak sebak melihat kanak-kanak yang masih kecil tetapi terpaksa bergelar anak yatim piatu, tanpa kasih sayang ibu bapa.

Begitulah juga perasaan figura yang mengasaskan pertubuhan sukarelawan kebajikan ini yang turut sebak apabila bertemu dengan seorang anak yatim piatu.

Pengasas badan bukan kerajaan (NGO), The Third Force, Dr Raja Shamri Raja Husin berkata, dia tidak pernah memeluk anak yatim sebagaimana yang dilakukannya terhadap seorang kanak-kanak yang bernama Hafiz Danial.

Menurut perkongsiannya di halaman Facebook, Raja Shamri memberitahu dia terpanggil untuk memeluk kanak-kanak itu selepas solat Isyak berjemaah pada Selasa.

Pelukan mesra seperti bapa dan anak.

“Subhanallah… Allah berikan satu perasaan luar biasa dalam diri saya. Rasa berdebar dan terharu sangat. Rasa macam satu perasaan pelik, terasa seperti ada banyak mata yang memerhati dan berada di sekeliling.

“Tiba-tiba diri ini pula yang terasa malu dan hina. Jika diri ini berada di tempatnya, yatim piatu dan miskin adakah orang yang akan menyayangiku seperti ini. Apatah lagi jika cacat tak ada kaki sebelah macam diri ini,” ujarnya sambil memuatnaik beberapa gambarnya bersama kanak-kanak itu dengan kaki palsunya.

Pengalaman ‘luar biasa’ itu membuatkan Raja Shamri menceritakan tentang anak yatim piatu itu yang kehilangan bapanya sejak masih bayi.

“Anak yatim piatu ini tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Ayahnya meninggal sewaktu adik Hafiz masih baby.

“Masa itu ayah dan ibunya Kak Rohana bekerja sebagai buruh binaan di Sarawak. Bila ayah meninggal, kak Rohana bawa adik Hafiz kembali ke kampungnya di pedalaman Kelantan,” ujarnya.

Kanak-kanak ini amat merindui pelukan ibu dan ayah.

Menurut beliau, Kak Rohana merupakan asnaf yang pernah dibantunya dahulu, dan dia meninggal dunia dua bulan lalu akibat pelbagai penyakit.

Tambah beliau, wanita itu menghadap Ilahi selepas setahun badan tersebut membina sebuah rumah baharu untuk menggantikan rumah lamanya yang sangat uzur.

Dia bukan darah daging saya tetapi terasa seperti ada amanah Allah untuk saya sempurnakan.

RAJA SHAMRI

“Anak ini tak pernah sesiapa peluk macam ni. Dia bisikkan kat saya tadi… ‘Tak ada sesiapa pernah peluk saya macam ni’. Hati ini jadi sebak tak terucap.

“Dia bukan darah daging saya tetapi terasa seperti ada amanah Allah untuk saya sempurnakan. Untuk kita sama-sama rebutkan saham akhirat dari-Nya,” ujarnya.

Raja Shamri berbisik memberi nasihat kepada Hafiz.

Mengusap ubun-ubun Hafiz, Raja Shamri berbisik memberi nasihat dan membacakan doa, malah pelukan tersebut membuatkan budak berkenaan terdiam.

“Jauh di sudut hati saya agar dia dapat rasakan erti kasih sayang dan perhatian. Dulu sewaktu dalam ceramah saya, saya selalu kongsikan kepada ibu bapa supaya peluklah anak-anak kita sebelum mereka dipeluk.

“Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan berikan kita semua peluang untuk sama-sama sebarkan gelombang kasih sayang ini sejauhnya dan mengumpul saham akhirat sebanyaknya sebagai bekalan,” katanya.

Perkongsian Raja Shamri mengundang sebak netizen.

Luahan Raja Shamri turut mengundang sebak dalam kalangan netizen yan rata-ratanya terharu dengan perkongsian yang cukup menyayat hati itu.

“Terharu bila tengok gambar ni. Semoga adik Hafiz terus berjaya dan dilindungi Allah SWT,” tulis seorang netizen.

“Sedihnya… terkesan di jiwa. Anak yatim piatu, kesedihan mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” komen yang lain.

“Pelukan kasih sayang itu sangat bermakna. Pelukan ibarat ubat penyembuh segala penyakit duka, lara dan kesedihan,” kata seorang wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.