“Tak Sempat Kita Nak Kerja Bersama Ahad Ni” Sophia Liana Nak Dedikasi Lagu Buat Arw4h Lok U

Peserta program realiti Dansa Dan Sing, Sophia Liana meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk membuat persembahan bersama komposer dan penerbit muzik, arwah Lok U pada Ahad ini tidak kesampaian.

Sophia yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam berkata, jika mengikut perancangan, dia akan menyanyikan sebuah lagu sambil diiringi Lok U selaku pemuzik pada minggu ini.

“Tak sempat kita nak kerja bersama untuk Ahad ini. Terima kasih abang Lok U sudi terima idea membuat persembahan dengan Sophia, tapi Allah lebih sayang abang.

“Saya akan menyampaikan lagu Kau Yang Punya pada hari Ahad ini dan dedikasikannya kepada abang,” tulisnya.

Perkara itu diluahkan Sophia menerusi satu status yang dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya semalam.

Katanya, dia terkejut sejurus mendapat tahu berita mengenai pemergian Lok U pagi semalam.

“Bangun hari ini (semalam) dengan perkhabaran berita yang amat sedih. Saya terkedu ketika ini. Semoga Allah tempatkan abang @faizaluzir dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.

Semalam komposer terkemuka, Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya kira-kira pada pukul 11 pagi.

Arwah dikatakan mengalami mengalami sesak nafas selepas pulang daripada melakukan aktiviti berjogging di kawasan rumahnya yang terletak di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.

Dansa Dan Sing disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.