VIDE0 ‘Ya Allah Baru Bangun’ Tak Datang Kelas, Lecturer Datang Cari Dekat Rumah

Zaman ketika belajar di universiti atau kolej adalah pengalaman paling terindah dan sepastinya sukar untuk dilupakan. Anda mesti juga ada pengalaman terindah bersama rakan dan pensyarah sepanjang bergelar pelajar.

Seperti perkongsian video dari Izzul Aiman ini, dia memuatnaik video pensyarahnya terpaksa kejutkan pelajar lelaki di rumah sewa gara-gara terlewat bangun untuk ke kelas. Terbaiklah lecturer macam ni!

Pensyarah cari sampai ke rumah

Besar jasa seorang pengajar

Mungkin ramai netizen yang melihat video ini turut menegur keadaan rumah bujang pelajar lelaki ini kelihatan bersepah. Rumah yang kelihatan bersepah itu dikatakan mereka baru selesaikan menyiapkan assignment final project bagi semester ini. Disebabkan keletihan menyiapkan tugasan yang diberikan, mereka tertidur sampai lewat bangun untuk ke kelas.

Pelajar ini juga memuji sikap pensyarah itu yang sanggup mengejutkan mereka di rumah. Boleh dikatakan sebahagian pelajar lelaki di dalam kelas itu gagal ke kelas pada waktunya.

Pelajar lain juga kongsi pengalaman

Sementara itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dilalui ketika zaman belajar. Seorang guru lelaki pernah ke rumah pelajar perempuan untuk kejutkan mereka ke kelas. Pensyarah itu hanya mengetuk dan mengintai pelajar di rumah berkenaan. Terkejut melihat keadaan rumah pelajar perempuan yang juga bersepah.

Suka cara lecturer macam ni

Ramai netizen memuji tindakan yang dilakukan pensyarah itu. Jasa dan pengorbanan pensyarah sebegini perlu dikenang kerana berkorban masa dan tenaga untuk memaksa pelajarnya ke kuliah demi melihat anak murid berjaya suatu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.