“Aku Yang Diceralkan Ke Engkau” Ditlnggal Sehelai Sepinggan, Bekass Isteri Cef Fikree Dedah Kena Anlaya

Bekas isteri Cef Fikree, Syafirah Zuriehan Ben Yahya mendedahkan dia masih dianiayai oleh bekas suaminya selepas diceraikan pertengahan tahun lalu.

Penganiayaan yang dimaksudkan Zuriehan adalah tidak menyempurnakan nafkah anak mereka, Jayden Malik, 3.

“Kadang tu terfikir juga… aku yang diceraikan ke engkau? Dahlah ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecil, lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang kanting, kereta tak ada, rumah kena keluar.

“Sampai sekarang pun aku yang jaga anak seorang diri, makan minum semua sakit demam bagai,” tulisnya.

Lebih mengejutkan apabila skandal bekas suaminya itu menghubunginya baru-baru ini.

“Yang tak faham kenapa skandal engkau bini orang mesej aku cakap aku ni bertuah dapat engkau?

“Aku ingat dah over tapi engkau pula pergi telefon merata buat teruk macam aku ni villain?

“Iyalah mestilah aku minta duit makan Jayden kat engkau, takkan aku nak mintak kat jiran sebelah?

“Seriously aku ni manusia biasa, walaupun aku tiap-tiap hari mantera diri aku kena kuat, tak semestinya aku kebal tak punya hati dan perasaan.

“Kalau aku yang kena naya ni boleh berlakon okay and steady, kenapa kau nak berlakon macam bini kau yang curang?” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

kadang tu terfikir jugak..aku yg dicerai kan ke..engkau? dahla ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecik..lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang kanting. kereta tak de..rumah kena keluar. smpai sekarang pun aku yg jaga anak sorang2..makan minum semua sakit demam bagai..yg tak paham kenapa scandal engkau bini org msg aku ckp aku ni bertuah dpt engkau? aku igt dah over..tapi engkau pulak pegi kol merata buat teruk mcm aku ni villain? ye lah mestilah aku mintak duit makan jayden kat engkau..takkan aku nk mintak kt jiran sebelah? Seriously aku ni manusia biasa. walaupun aku tiap2 hari mantera diri aku kena kuat..tak semestinya aku kebal tak punya hati dan perasaan. kalau aku yg kena naya ni boleh berlakon okay and steady ..kenapa kau nak berlakon mcm bini kau yg curang? #monologue #bukanhangin #nampaktakmukabersihkatatastu

A post shared by Syarifah Zuriehan (@zuriehanbenyahya) on


Zuriehan mendakwa telah diceraikan Fikree pada 30 Mei lalu selepas membongkarkan kisah kecurangan bekas suaminya di laman sosial beberapa hari sebelum itu.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2006, seterusnya bertunang pada 2014. Setahun selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki, Jayden Malik, yang kini berusia dua tahun.

Fikree mula dikenali selepas menjayakan program masakan, Hello Bro Tolong Masak, selain menjadi pengacara rancangan, Dapur Panas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.