“Berapa Sangat Lah Harga Sayur Tu” Netizen Sedlh Teng0k Wanita Warga Emas Disep@k Ter@jang Sebab ‘Kant0i’ Curl Sayur Di Pasar

Rasa marah dan bengang apabila melihat wanita tua dikasari sebegini rupa, ya memang dia ada buat salah tapi itu tak bermakna dia kena layanan buruk sebegini.

Curi sayur sebab kelaparan tapi terbongkar, lalu wanita berumur 60 tahun yang dikenali sebagai Rubingah ini dipukul oleh salah seorang peniaga lelaki tanpa belas kasihan.

Tinggal sebatang kara

Video Rubingah ini viral di Twitter sejak ia dimuat naik 2 hari lepas, ia mendatangkan kemarahan netizen apabila dapat dilihat Rubingah merayu-rayu dan minta maaf tapi penyerang tetap melakukan keganasan terhadapnya.

Ini kerana menerusi Detik News, Rubingah ini tinggal sebatang kara, dia dah lama bercerai dengan suaminya. Rumah yang dia tinggal tiada elektrik, beberapa puluh tahun lalu anak dan suaminya tinggalkannya.

Perwatakannya mula berubah sejak penceraian, kata jiran, dia susah nak diajak berborak, dan dia selalu keluar dari rumah tanpa hala tuju.

Hidupnya susah, dia kadang-kadang ambil upah jadi tukang urut untuk menyara hidupnya, kadang-kadang dia minta bantuan makanan daripada tetangga.

Berikutan dengan insiden yang terjadi kepadanya di Pasar Potrojayan, Indonesia.  Pihak polis telah berjaya menahan si pelaku.

Disebabkan tular video itu juga ramai pihak yang datang memberikan bantuan kepada Rubingah. Rata-rata netizen terkilan dengan sikap pelaku tu.

Berapa sangatlah harga sayur tu – Netizen

Allahu kalau dia curi duit RM 1000, handphone ke, atau barang berharga tu lain lah, ini sayur je, lepastu cuba lah berperikemanusiaan sikit, orang tu lapar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.