“Jangan Panggil Saya Dat0 Selagi Saya Naik Kereta Pr0ton Saga Dan M0tosikal Pergi Pasar” AR Badul

Ketika mana ramai Selebriti Terkejar kejar untuk mendapatkan status Datuk, lain pula dengan pelakon, pelawak dan pengarah AR Badul. Dia yang sekarang berumur 70 tahun, telah berada dalam industri hiburan lebih dari 40 tahun sedikit pun tidak terfikir untuk mendapat gelaran Datuk.

Badul yang pernah membintangi filem bercorak ketenteraan seperti Darah Satria dan Prebet Lapok pada tahun 1980-an berkata, dia tidak layak membawa pangkat itu.

“Saya tak pernah berangan nak dapat Datuk. Berilah kepada veteran tentera yang benar-benar layak serta anggota bomba dan polis yang menjaga keselamatan negara.

Ini baru dikatakan tugas untuk negara. Pelakon dan penyanyi adalah penghibur saja. Kita hiburkan orang dapat bayaran, bukan percuma,” katanya.

Menurut Badul, dia dah mendengar G0s1p orang yang mempertikaikan kenapa dia tidak diberikan Datuk kerana sudah banyak berjasa kepada industri perfileman tempatan.

“Selagi saya naik kereta Proton Saga atau menunggang motosikal ke pasar membeli ikan, janganlah bagi Datuk kepada saya.

“Saya ada ramai kawan bergelar Datuk dan mereka layak bawa pangkat itu kerana ada perniagaan bernilai jutaan Ringgit. Kehidupan mereka amat berbeza dibandingkan dengan saya,” katanya.

Pelakon bernama sebenar Armaya Aman Ramlie ini berkata, dia tidak sepatutnya ditanya mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya meminta masyarakat menilai bagaimana artis lain boleh dianugerahkan pangkat itu.

“Tak layak yang saya maksudkan ialah dalam bermacam faktor. Mungkin, saya tiada hubungan dengan pihak yang bertanggungjawab beri pangkat itu. Mungkin juga saya bukan di depan mata mereka atau bukan rakan mereka.

“Kalau nak dipersoalkan, ramai pelakon kita berlakon filem genre patriotik, tapi mereka yang tak berkaitan pula tiba-tiba dapat pangkat itu,” katanya.

Menurut Badul, dia tidak cembvru tetapi berharap ia diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Dalam masa sama, Badul turut mempersoalkan adakah penggiat seni yang bergelar Datuk sanggup melaksanakan aktiviti khidmat sosiaI secara percuma.

“Kalau kerajaan panggil mereka untuk program amal, adakah mereka tak kenakan bayaran? Atau kerajaan minta mereka menjayakan sesuatu kempen secara percuma, nak tak mereka pergi?” katanya.

Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Badul. Sebagai netizen dan peminat kita harus menghorm@ti pendapat yang diberikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: video viral

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.