Lak0nan Saharul Ridzwan Dalam Drama Camelia Dikritlk Mudah, Ini Jawapannya

Nampaknya drama Camelia semakin menjadi perhatian ramai. Baru memasuki episod 5, drama Camelia ini membuatkan emosi penonton tidak menentu. Namun begitu, watak Malik lakonan Saharul Ridzwan dalam drama Camelia ini yang hanya duduk di kerusi roda tanpa dialog membuatkan ada yang mempertikaikannya.

Dalam episod 2 drama ini, Malik telah dipukul di bahagian kepala oleh Marina ketika cuba mendapatkan penjelasan adik angkatnya itu. Marina yang memiliki sifat cemburu telah mengupah teman lelakinya, Leman untuk merogol kakaknya, Mariam.

Namun, Mariam yang dilakonkan oleh Diana Danielle berjaya meloloskan diri. Tapi Malik dapat tahu siapa punya angkara kejadian itu menyebabkan dia cuba dapatkan penjelasan dari Marina. Biarpun begitu Marina bertindak memukul kepala Malik sehingga menyebabkan koma dan seterusnya lumpuh.

Setelah beberapa episod Malik hanya duduk di kerusi roda tanpa skrip, nampaknya melalui episod malam tadi, Malik mula pulih dan boleh bercakap semula.

Pemegang watak ini, Saharul Ridzwan menepis dakwaan netizen yang mengkritik lakonannya mudah melalui Instagram.

“Okaylah. Ramai cakap senang sangat Malik ni asyik duduk keras macam tu je. Malam ni bagi dia bercakaplah sepatah…”  tulisnya.


Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen mengenai lakonan Saharul Ridzwan dalam drama Camelia ini:

“Saya suka drama nie! Best sangat”

“Tolonglahh tolonglah..Tuntutlah…betulkan segalanyaaa..emo betul tengok cerita nie..”

“Tunggu bila Malik nak beraksi ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Saharul Ridzwan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.