“Tula, Semua Halwan Nak Dimakan” Jangkltan C0ronavlrus Bermula Dari Sup Kelaw@r Kegemaran Rakyat China, Dah 17 0rang Mavt

Semua tahu sekarang tengah kecoh pasal virus korona dari Wuhan, China. Sehingga kini, virus itu telah menyebabkan 17 angka kematian selain lebih 500 turut dijangkiti.

Menurut laporan, dengan populasi 11 juta penduduk di sana penularan virus korona ini dijangka akan meningkat menjelang sambutan Tahun Baru Cina kerana ramai orang Malaysia yang akan pulang ke kampung mereka di China.

Virus ini dipercayai menular sejak penghujung tahun lalu menerusi haiwan-haiwan liar terutamanya ular yang dijual di pasar dekat bandar Wuhan.

Menurut China, virus itu hampir 70% sama dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang dijangkiti dari kelawar. Disebabkan itu, ramai saintis membuat spekulasi yang kelawar juga mungkin menjadi salah satu penyebab virus ini yang boleh dijangkiti dari haiwan kepada manusia.

Perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana masyarakat di China memang suka makan haiwan liar terutamanya sup kelawar. Orang kaya di sana pun sampai ada yang pernah beli 2,000 ekor kelawar untuk dimakan, jadi tak mustahil kalau virus ini mudah tersebar dalam kalangan manusia.

Menurut Harian Metro, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak terbabit secara langsung dalam kemasukan individu yang mempunyai wabak ini ke dalam negara.

Namun, mereka ada terima permohonan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menempatkan kakitangan di lapangan terbang. Ia adalah bertujuan untuk membantu menahan pelancong yang didapati membawa makanan mengandungi virus itu. Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata

Mereka (kedua-dua agensi) meminta pegawai kita di lapangan terbang membantu melihat mana-mana pelancong kemungkinan membawa makanan yang mungkin ada virus berkenaan.”

“Namun, KKM mempunyai alat pengimbas khas untuk melakukan saringan kesihatan, jadi kastam tidak terbabit secara langsung sebaliknya hanya membantu menahan (pelancong).”

Kerajaan China juga sudah mengingatkan penduduk Wuhan supaya mereka tak keluar dari wilayah berkenaan bagi menghalang wabak itu menular ke kawasan lain. Selain itu, Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wuhan juga telah membatalkan segala lawatan berkumpulan hingga 8 Februari.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pendakatan untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat Malaysia tentang bagaimana untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.