Wany Hasrita Mahu Keluar Dari Kep0mpong, Lancar Single Rancak Dan Menari Di MV “Saya Akan Jaga Batas Sebagai Wanita Berhijab”

BIARPUN mahu keluar dari zon selesa dengan menampilkan lagu rancak untuk single baharunya, penyanyi Wany Hasrita tetap akan menjaga imej sebagai muslimah.

Wany, 28, berkata, dia juga berkemungkinan akan menari dalam video klip lagu terbaharunya yang akan menjalani penggambaraan pada April depan.

“Insya-Allah dalam perancangan saya akan melancarkan sebuah lagu baharu yang rancak dan buat masa sekarang tajuknya adalah Canggung.

Wany sudah bersedia menerima pendapat dan kritikan netizen.

“Bila nak keluar lagu itu tak tahu lagi tapi dah habis rakaman. Mungkin dalam sekitar April saya akan rakam muzik video.

“Lagu itu memang berbeza dengan sebelum ini sebab saya nak keluar dari kepompong. Mungkin saya akan menari dalam video klip.

“Walaupun ada menari tapi saya masih berjaga-jaga. Kita faham mesti nanti ada yang tak elok di mata orang tapi saya akan terima saja pendapat mereka,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, lagu-lagu nyanyian Bintang Paling Popular ABPBH31 ini hanya bergenre belada dan irama Melayu antaranya Menahan Rindu dan Ewah Ewah.

Sebenarnya untuk lakonan saya tak ada letak syarat, tapi pihak produksi mesti kena tahu batas-batas seorang wanita berhijab

WANY HASRITA

PENYANYI

Dalam pada itu, Wany memberitahu dia teringin untuk menceburi semua bidang memandangkan tahun lalu hanya fokus pada nyanyian.

“Kalau diberi kesempatan dan peluang, memang saya nak cuba semua bidang. Tahun lalu saya dapat tawaran untuk mengacara tapi terpaksa tolak.

“Sebab memang nak fokus pada nyanyian sahaja. Bila tengok orang berlakon, rasa rindu pula. Kalau ada peluang, saya nak cuba buat sebaik yang mungkin.

Wany rindu nak berlakon.

“Sebenarnya untuk lakonan saya tak ada letak syarat, tapi pihak produksi mesti kena tahu batas-batas seorang wanita berhijab,” ujarnya.

Wany sebelum ini pernah mengacarakan program Sembang Sahur bersama pelawak Issey Titan pada 2018.

Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini juga pernah memegang watak utama menerusi drama Tergantung Rindu (2018) dan Cerita Raya Luar Biasa (2019).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.