“Masa Aku Buat Veil Style Ni, Hangpa Kata Macam R0ti Tlsu” Rizalman Ibrahim ‘B@han’ Netizen

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri tumpuan wargamaya apabila ‘membahan’ pengikutnya yang pernah mengkritik rekaan kain layah Izara Aishah seperti roti tisu.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik sekeping foto rekaan kain layah yang digayakan oleh pelakon Izara Aishah ketika majlis pernikahannya yang dikatakan mirip dengan makanan tersebut.

“Masa aku buat veil style ni hangpa gelak kat aku kata roti tisu la apa la, last-last Givenchy buat depa kata inovatif. Sat hangpa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.Menerusi foto tersebut, rumah fesyen Givenchy menghasilkan rekaan gaun pengantin terkini dan menggunakan kain layah keras hampir sama seperti yang digayakan oleh Izara.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata pengikut terhibur dengan rajukan manja Rizalman.

 

View this post on Instagram

 

last2 Givenchy buat depa kata innovatif. Sat hangpa

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


“Sabar, sabar, depa tak nampak visi datuk. Sabar na, kami sokong jangan risau,” tulis seorang wargamaya.

“Melayu memang begitu la. Kalau orang luar buat kita puji melambung. Orang melayu macam span. Suka serap benda luar,” komen seorang wargamaya.

“Mesti dia tiru datuk ni. Ayat lebih educated, dia terinspirasi oleh datuk ni,” kata seorang wargamaya.

“Datuk punya lagi kelas. Tapi sebab dia antarabangsa orang mesti kata inovatif. Hmm, you are in your own class datuk, tahniah!” puji seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, kain layah pernikahan Izara mencetus fenomena pada tahun 2018 apabila ia menjadi ikutan ramai sepanjang tahun itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.