“Nak Kahwln Tapi Kami Ada Masalah Dult” Pasangan Ini Kenal 3 Bulan, Kini Selamat Jadi Suami Isteri Gara-Gara

Setiap insan yang bercinta, pasti memasang impian untuk mengakhiri hubungan tersebut sebagai pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, faktor kewangan sering menjadi kekangan kepada pasangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan segera.

Begitu juga yang dirasai buat pasangan pengantin baru, Nurul Fitri Danial Norol Helmi dan Fatin Nuralia Mohamad Nizam yang selamat disatukan dalam program Zayan Akad.

“Kami baru kenal tiga bulan. Lepas dua bulan berkawan, mak dia masuk merisik. Kami memang nak kahwin, tapi ada masalah duit.

“Cuma, apabila dapat tahu mengenai Zayan Akad, saya mencuba nasib, tak sangka rezeki terpilih,” kata Fatin Nuralia.

Katanya lagi. dia berasa bersyukur apabila majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan tahun nanti sudah berjaya disegerakan pada hari ini.

Pasangan mempelai tersebut merupakan antara tiga pasangan pengantin bertuah yang menerima tajaan majlis pernikahan menerusi program Zayan Akad.

Dua pasangan lain ialah Muhammad Zahir Aman Abu Bakar & Nur Asiah Anuar dan Mohamad Syafiq Mohamat Salleh & Nur Athirah Shafie.


Ketiga-tiga mereka selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara beramai-ramai di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pagi tadi.

Majlis pernikahan disempurnakan sendiri Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Mohd. Ajib Ismail; Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Haji Munir Md. Salleh dan Imam Besar Majis Wilayah Persekutuan, Haji Ehsan Mohd. Hosni@ Mohd. Khusni.

Kesemua pasangan itu dipilih menerusi penyertaan mereka dalam program Zayan Akad dengan berkongsi kisah menarik di sebalik majlis perkahwinan yang ingin mereka raikan.

Menerusi program itu, ketiga-tiga pasangan tersebut menerima tajaan sepenuhnya termasuklah, urusan akad nikah, busana perkahwinan, pelamin, solekan dan katering.

Zayan Akad merupakan program julung kali diadakan stesen radio Zayan dengan kerjasama JAWI dalam merealisasikan impian pendengarnya untuk berumah tangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.