Pelajar UiTM Nyanyi Lagu Nasyid Hafal N0ta Saat Akhlr, Sampai ‘Mlming’ Dalam Dewan Exam “Terkvmat-Kamlt Macam Baca Jampl, Manter@”

MACAM-macam tip dan teknik yang berkesan dirangka untuk pelajar menghafal nota bagi menghadapi peperiksaan akhir.

Begitu juga mereka yang belajar pada saat akhir, maka segala idea unik dan pelik dicetuskan untuk mendapat kesan hafalan terbaik.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram mStar, sekumpulan pelajar bertungkus-lumus menghafal nota pada saat akhir dengan cara menyanyi.

Seorang pelajar yang memandang kertas nota menyanyi dengan kuat, manakala yang lain membuat bunyi latar menerusi tepukan tangan dan ketukan pada lantai.

Nota yang dihafal Hazim dan rakan-rakannya menggunakan teknik nyanyian.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Hazim Danish Mohamad Nadzri berkata, video tersebut dirakam pada malam 16 Januari lalu, sehari sebelum mereka menduduki peperiksaan akhir semester bagi subjek pengurusan.

Pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu, teknik nyanyian itu sebagai persiapan terakhir bersama rakan-rakan sekelas secara berkumpulan di asrama.

“Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kami menyanyi untuk menghafal nota. Sebelum ini kami dah buat untuk ujian-ujian lain.

“Kami memilih teknik nyanyian kerana ia lebih berkesan berbanding menghafal mengikut akronim sebab tak berapa nak ingat,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Hazim kepadanya.

Hazim dan tiga rakannya merupakan rakan sekelas di UiTM.

Selain itu, Hazim yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu Komunikasi Profesional di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor berkata, mereka akan menggunakan teknik hafalan itu hanya untuk subjek yang sukar sahaja.

“Kami hafal nota untuk subjek yang susah, jadi bila menjawab kertas soalan tu taklah stres, tapi menyanyi untuk ingat apa yang dah hafal dalam kepala.

“Sebenarnya, banyak lagu yang kami gunakan untuk hafal nota kali ini. Kami pilih lagu-lagu nasyid sebab ia merupakan lagu ketuhanan, jadi kami nak dapat keberkatan semasa menghafalnya,” ujar pemuda yang berasal dari Jitra, Kedah itu.

Empat sekawan ini memilih lagu-lagu nasyid untuk menghafal nota.

Menurut Hazim, antara lagu-lagu kumpulan nasyid yang mereka nyanyikan untuk menghafal nota pada malam tersebut adalah Sumayyah dan Dia Kekasih Allah (Hijjaz), Zinnirah (UNIC) dan Iman Mutiara (Raihan).

Bagaimanapun jelas anak kedua daripada empat beradik itu, hanya satu lagu nasyid yang sempat dirakamkan untuk menghafal nota iaitu Sepohon Kayu nyanyian kumpulan Saujana.

Masa dalam dewan peperiksaan tu, macam saya sendiri… mulut terkumat-kamit menyanyi secara miming (nyanyian menggunakan gerak bibir) semasa menjawab kertas soalan

HAZIM

“Kami semua sibuk menghafal nota jadi tak sempat nak rakam semua. Persiapan akhir ni bukan main-main, memang kami buat betul-betul untuk cemerlang,” katanya.

Hazim berkata, nota yang dihafal mereka menggunakan teknik itu ternyata membuahkan hasil apabila antaranya disenaraikan dalam kertas soalan peperiksaan.

Hazim mengimbas pengalaman melucukan semasa dalam dewan peperiksaan.

“Masa dalam dewan peperiksaan tu, macam saya sendiri… mulut terkumat-kamit menyanyi secara miming (nyanyian menggunakan gerak bibir) semasa menjawab kertas soalan.

“Teknik hafalan ini memang berkesan bagi kami sebab saya sendiri ingat masa buat miming tu. Saya dan rakan-rakan bersyukur kerana dapat jawab soalan-soalan.

“Tapi yang kelakarnya, saya terfikir mungkin pengawas peperiksaan ingat saya macam baca jampi atau mantera masa miming tu untuk mudahkan saya dapat jawapan,” katanya secara berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

Bila study last minute katanya. Terhibur pula min sampai sibuk nak menghafal juga. #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video Hazim Danish

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

View this post on Instagram

 

Hafal nota macam nyanyi lagu nasyid. Cuba teka lagu apa diorang nyanyi. #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video Hazim Danish @hzmdnsh

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.