‘Tahun Lepas Mak Depa Menlnggal’ Tanglsan 8 Anak Yatlm Platu Iringi Jenaz@h Bapa Undang Sebakk

Saat anak-anak lain masih diberi kasih sayang oleh ibu bapa mereka, ada yang terpaksa menghadapi dugaan hidup di usia muda apabila kehilangan kedua-dua orang tua mereka. Seperti perkongsian ini buat kami sebak apabila 8 adik beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas mereka kehilangan ayahnya yang menghidap penyakit kencing tikus. Bertambah sayu apabila anak-anak kecil ini baru sahaja kehilangan ibu mereka pada tahun lepas. Sedihnya..

Anak meninggal dunia tahun lepas selepas bersalin

“Nak buat macam mana Ustaz. Dah nasib cucu-cucu saya untuk jadi anak yatim piatu. Tahun lepas mak depa meninggal. Hari ini ayahnya pula.” Demikian rintih Puan Saodah ujian yang menimpa cucu-cucunya seramai 8 orang yang kehilangan bapa mereka pagi tadi.

Puan Saodah salah seorang anggota rombongan umrah Juara Travel bersama saya November lalu. Tahun lalu anaknya Zalifah Abd Wahab, 36 tahun meninggal dunia sebaik melahirkan anak ke 8 secara pembedahan. Hari ini menantunya pula menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar koma selama 9 hari di Hospital Seremban kerana disyaki menghidap penyakit kencing tikus.Menurut nenek kepada 8 orang adik beradik ini, arwah ibu mereka baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada tahun lepas selepas melahirkan anak kelapan. Tahun ini sekali lagi mereka sekeluarga diuji apabila bapanya pula menghembuskan nafas terakhir selepas koman selama 9 hari.

8 adik beradik mengerumuni jenazah bapa sambil menangis

Kematian Amran Isa yang baru berusia 38 tahun sekaligus menjadikan anak-anaknya yang berusia antara setahun hingga 17 tahun sebagai yatim piatu. Ketika tiba di rumah nenek mereka di Felda Tementi, Bera, Pahang hati saya sangat hiba melihat 8 beradik itu sedang mengerumuni jenazah sang ayah sambil kesemuanya menangis.

Tiada siapa tahu bagaimana nasib anak-anak ini kelak. Namun Allah pasti tidak akan persiakan mereka. Kakak sulung yang sedang menunggu keputusan SPM kelihatan lebih matang mententeramkan adik-adik. Dialah pengganti ibu dan ayah yang akan mencurahkan kasih kepada adik-adiknya terutama si bungsu berusia setahun yang belum mengerti apa-apa.

Akan memberi sokongan sekadar yang mampu

Sementara itu, En Abd Ghani dari Jengka 17 yang baru dua tahun berkongsi hidup dengan isterinya, Puan Saodah berkata, beliau berhasrat untuk memelihara anak-anak itu, terutamanya dua orang yang masih terlalu kecil.

Namun tidak mahu menolak hasrat keluarga dan adik beradik si mati di Seremban yang juga berhajat memelihara kesemua anak yatim berkenaan. Bagi pihaknya beliau akan memberi sokongan dan bantuan sekadar yang mampu.

Menurut datuk tiri kepada 8 orang adik beradik ini, dia berniat untuk menjaga kesemua cucu cucunya namun tidak menolak jika adik beradik arwah mahu mengambil mereka. Semoga urusan kelapan anak yatim piatu ini dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.