VIDE0 D0ktor ‘Mengamvk’ Tak Dapat Cuti Sambut Tahun Baru Cina, Kena Rawat Pesaklt K0ronavlrus

Saban hari wabak koronavirus dilihat semakin menjadi-jadi sehingga telah memberi kesan terhadap kesihatan penduduk di negara China dan juga seluruh dunia. Apa yang lebih membimbangkan apabila angka kematian berhubung kes ini telah meningkat.

Berikutan daripada kes ini, kebanyakan hospital di China dipenuhi dengan pesakit yang dijangkiti wabak koronavirus sekaligus telah memberi tekanan kepada doktor yang bertugas di sana. Seperti satu video yang telah tersebar di Weibo menunjukkan seorang doktor hilang sabar dan mengalami tekanan di hospital tempat dia bekerja.

Tak dapat sambut Tahun Baru Cina

Menerusi video yang berdurasi 1:17 saat yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Joyce Chang Ling memaparkan seorang doktor sedang berbual dengan seseorang dan berdasarkan perbualannya dapat disimpulkan dia sedang mengalami tekanan kerana memikirkan keadaan hospital yang dilihat agak kelam-kabut dengan jumlah pesakit yang ramai. Apa yang lebih menyayat hati apabila doktor ini turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meluangkan musim perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang lebih-lebih lagi pada hari tersebut merupakan sambutan Festival Musim Bunga Cina.

Bukan itu sahaja, doktor ini juga turut mengadu ruang di hospital dan katil yang ada di situ tidak cukup untuk menampung ke semua jumlah pesakit. Tambah doktor ini lagi, kelengkapan perubatan seperi topeng surgikal, ubat-ubatan dan juga pakaian pelindung untuk pegawai perubatan juga tidak mencukupi. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan pegawai perubatan yang bertugas.

‘Mereka juga manusia biasa’

Perkongsian ini telah mendapat perhatian pengguna media sosial dari seluruh dunia. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa simpati dan kasihan mengenangkan nasib yang menimpa doktor serta pegawai perubatan yang bertugas di hospital berkenaan kerana tidak dapat meluangkan masa dan menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga.

Pengguna media sosial juga turut menggelarkan mereka sebagai ‘hero’ kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti wabak koronavirus ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.