Vide0 Datuk Jalaluddin Hassan Sebakk ”Kalau Dia Ada, Tiap-Tiap Hari Saya Nak Mlnta Maaf Dengan Dia”

Sebut sahaja Datuk Jalaluddin Hassan, siapa yang tidak mengenali pelakon veteran yang terkenal ini.

Pernah melalui kehilangan isteri tersayang, Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian, ada kisah pilu yang dipendamkan selama ini oleh beliau mengenai arwah isterinya itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Zayan, luahan Jalaluddin ketika ditanya apa yang ingin disampaikan kepada arwah sekiranya dia masih ada, ternyata mengundang rasa hiba ramai netizen.

”Tiap-tiap hari saya nak minta maaf dengan dia. Saya ni garang kat rumah.. saya garang sebab saya nak yang terbaik. Saya nak isteri saya jadi yang terbaik..” kata beliau.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka selama 40 tahun, dia tidak pernah bergaduh dengan arwah isterinya kerana orang ketiga.

”Percaya tak saya tak pernah bergaduh dengan dia kerana perempuan lain kerana dengan siapa saya berkawan saya tak pernah rahsiakan pada dia.. dia tahu semua..” kata beliau.

Sempat memberikan pesanan kepada semua lelaki yang bergelar suami di luar sana, tonton video penuh yang menyentuh hati ini seperti di bawah. Sebak.

Rata-rata warganet turut tersentuh dengan perkongsian Datuk Jalaluddin Hassan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: video viral

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.