Badan Tak Sihat Dan Rasa Mu@l, Netizen Syak Nad Zainal Hamll “Pant@ng Mval Saja Mengandvng Ya”

VIDEO pelakon Nad Zainal mengalami mual ketika menjalani penggambaran program makanan di Instagram menarik perhatian netizen.

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, dia tidak mengetahui punca badannya berasa kurang sihat.

“Hmmm… baru nak acah-acah jadi hos program makanan… Tak tahu la kenapa badan Nad hari ini tak berapa sedap.

Video Nad alami mual menarik perhatian netizen.

“Doakan moga sihat-sihat saja. Insya-Allah nanti Nad update apa yang patut ya,” tulis Nad di Instagramnya pada Ahad.

Rata-rata netizen membuat andaian pelakon telefilem Fatonah Azali itu kini sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, selang beberapa minit selepas video itu dimuat naik, Nad tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu menerusi Insta Story.

Nad dan suami mempunyai seorang anak lelaki bernama Fahad.

Kata Nad, rasa mual yang dialaminya itu berkemungkinan berpunca daripada keletihan dan tekanan darah tidak stabil.

“Pantang mual saja mengandung ya… Penat pun mual dan darah rendah pun mual tau! Terima kasih… tapi saya okey,” katanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.