K0ronavlrus Kerajaan China Umum Sekatan Jualan Daging Haiwan Eks0tik Sehingga Wab@k Berakhlr

SEBAGAIMANA diketahui umum, pasar penjualan haiwan eksotik di Wuhan, China merupakan tempat pertama wabak koronavirus dikesan.

Malah, kemungkinan besar virus yang kini mengakibatkan kematian 80 mangsa di negara itu berpunca daripada haiwan liar yang dijual dan menjadi makanan penduduk tempatan.

Terbaharu, kerajaan negara itu mengharamkan penjualan daging hidupan liar dalam usaha untuk mengekang wabak berkenaan.

Sekatan penjualan itu berkuat kuasa serta merta dan akan berterusan sehingga berakhirnya wabak koronavirus.

Setakat ini, hampir 3,000 kes koronavirus dikesan di negara itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hong Kong mencatat lapan kes positif koronavirus diikuti Amerika Utara (6) dan Macau (5).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.