Ogy K0ngsi Kisah Hldup Di Y0utube “Saya Tak Mahu Nanti Dah Tiada, Ada 0rang Mereka-Reka Cerita Tidak Betul”

PELAKON Fauziah Ahmad Daud memberitahu tujuan dia mewujudkan saluran YouTube, Ogy TV bagi menceritakan perjalanan hidup seninya yang sudah berusia lebih empat dekad.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 58, dia tidak mahu ada pihak yang mereka-reka cerita mengenai kehidupannya apabila dirinya sudah tiada satu hari nanti.

“Saya tidak menjangkakan keuntungan dari pembukaan saluran ini, sebaliknya ia hanya penyambung legasi dan untuk berkongsi perjalanan karier seni saya selama empat dekad.

“Selain berkongsi pengalaman bagaimana arwah bapa mendidik saya. Saya tak mahu nanti apabila saya sudah tiada, ada orang pandai-pandai buat cerita tidak betul mengenai saya.

Ogy TV kini mencecah lebih 18,500 subscribers.

“Saya mahu generasi baharu tahu dan faham, bukan mudah mahu memasuki industri hiburan,” kata Ogy kepada mStar.

Ogy ditemui ketika sidang media konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia di Bilik Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saluran YouTube itu mula dibuka sejak 25 Januari tahun lalu dan kini mencecah lebih 18,500 pelanggan (subscribers) dengan jumlah 1.7 juta tontonan bagi video yang dimuat naik.

Dalam pada itu, Ogy menjelaskan dia memilih Khai untuk membuat konsert di pentas berprestij itu di bawah syarikatnya kerana mempercayai bakat penyanyi lagu Luluh tersebut.

Ogy percaya pada bakat Khai.

“Apabila saya menonton persembahan Khai, saya dapat lihat pesona dia sebagai seorang penyanyi dan dia mempunyai suara yang lunak.

“Tapi kenapa tiada siapa yang mampu mengeluarkan pesonanya dan kenapa tiada siapa mahu mengajarnya untuk kelihatan hebat di panggung.

“Jadi, saya ambil cabaran ini. Saya mahu menolak Khai ke tahap seterusnya, sebab saya percaya dia mampu melakukannya dan boleh memberi inspirasi kepada penyanyi lain,” ujarnya.

Konsert anjuran Ogy Ventures & Network Sdn Bhd itu akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.