Pelajar MCKK C0ol Je, Tak Kisah Wajah Disamakan Dengan Putera Raja “Mereka Pun Macam W0w”

KATA orang tua-tua, ada tujuh individu yang memiliki wajah seiras atau sama dengan kita di dunia ini!

Namun sejauh mana kebenarannya, tiada siapa yang tahu.

Di Twitter misalnya, seorang pelajar mencuri perhatian ramai apabila wajahnya disamakan dengan anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Menurut Sharafuddin Kaus Abdul Aziz, 17, bukan sekali atau dua kali, malah sudah banyak kali dia ditegur mengenai persamaan itu.

“Dulu ada je orang cakap. Tapi, saya pun tak tahu kenapa. Sekarang makin ramai yang kata wajah kami sama.

“Dan saya masih tak tahu kenapa, saya pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Nak cakap apa pun tak tahu. Gembira je,” ujar penuntut Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) itu kepadanya.

Sharafuddin tidak kisah wajahnya disamakan dengan putera raja.

Mesra disapa Sharafuddin, dia tidak rimas meskipun sering disamakan dengan kerabat diraja itu.

Malah, dia sekadar menerima pujian itu dengan hati terbuka memandangkan setiap individu mempunyai pandangan masing-masing.

“Saya macam tak kisah sangat. Sebab semua orang ada pandangan mereka.

Mereka pun macam wow! Orang samakan saya dengan tengku.

SHARAFUDDIN KAUS ABDUL AZIZ

PELAJAR MCKK

“Pada saya, tentunya disamakan dengan putera raja merupakan satu pujian. Saya OK je. Ibu bapa saya pun tahu.

“Mereka pun macam wow! Orang samakan saya dengan tengku,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Bercerita mengenai dirinya, Sharafuddin aktif melibatkan diri dalam sukan hoki di sekolah.

Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Malah, dia juga merupakan penolong ketua pengawas di institusi pendidikan popular itu.

“Sekolah menjadikan siapa saya pada hari ini. Ia membuka banyak peluang untuk saya.

“Saya banyak terhutang budi dengan sekolah dan rakan-rakan. Tanpa sokongan mereka, apa yang saya ada sekarang hanyalah sekadar mimpi,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.