“Saya Masih Relevan Dan 0rang Masih Nak Teng0k” Atilia Sertai Pertandingan Selepas 30 Tahun Jadi Artis

PENYANYI Atilia mengakui dia tidak gemar menyertai mana-mana pertandingan meskipun sudah lebih 30 tahun berada dalam industri seni tanah air.

Menurut Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 46, hal ini kerana dia seorang yang mudah diserang rasa gemuruh.

“Sejujurnya saya memang seorang yang tak suka masuk pertandingan sebab nak kena bersaing.

Atilia bergandingan dengan Yasmin Hani menerusi pertandingan Dansa Dan Sing.

“Lagipun saya seorang yang nervous kalau tak dah lama saya masuk Gegar Vaganza.

“Apapun saya berbangga kerana meskipun dah berumur 46 tahun tapi masih berani untuk naik ke atas pentas dan menjadi salah seorang daripada peserta pertandingan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Atilia berkata, biarpun usianya kini sudah meningkat namun dia masih menerima tawaran untuk membuat persembahan.

Malah, dia percaya kewujudannya dalam industri seni masih relevan kerana mempunyai peminatnya tersendiri.

Saya berani katakan walaupun pada usia begini, saya masih relevan dan orang masih nak tengok kami.

ATILIA HARON

PENYANYI

“Saya sedar peminat saya terdiri daripada orang-orang yang masih membeli cakera padat lagi.

“Saya berani katakan walaupun pada usia begini, saya masih relevan dan orang masih nak tengok kami… walaupun tak ramai peminat tapi mereka ada.

“Kalau orang tak nak tengok, Astro tak akan panggil saya. Kami sentiasa akan berikan yang terbaik mengikut kemampuan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.