Nak Bercuti 30 Minit Dari Rumah Je, Tapi Gaya Macam Nak Ke Luar Negara Aksl Catwalk Gadis Pasir Gudang Blkin Ramai Terhibur “Kalau Bab OOTD Memang Laju”

BAGAIKAN tak lengkap hidup tanpa kehadiran kawan-kawan yang kelakar, gila-gila dan sekepala.

Begitu senario melibatkan Nur Amira Ain A Rahman yang mengaku gembira dengan kehadiran orang terdekat kerana telah menceriakan kehidupan hariannya.

Mesra disapa Mira, video yang memaparkan aksi catwalk rakan baiknya, Siti Fayyadhah Sha’roni atau Fayyadh menjadi tular di laman Twitter setelah dimuat naik pada Sabtu lalu.

Lebih menghiburkan, Fayyadh lengkap memakai topi sambil menggalas beberapa beg meskipun mereka hanya pergi bercuti dalam negeri sendiri.

“Kami dari Pasir Gudang, Johor dan merancang untuk bercuti selama satu malam di Country Garden. Jarak pun dalam 30 minit je dari rumah.

“Masa pergi jemput, dia dah pakai macam tu sebab ingat kami nak photoshoot dulu bila sampai. Sebenarnya nak mandi kolam dulu. Dia kalau bab bergambar OOTD memang laju,” ujar Mira kepada mStar.

Video yang tular di Twitter.

Selain Mira dan Fayyadh, percutian singkat itu turut disertai Razita Khairulanuar dan Nurfatin Amira Arman.

Menurut Mira, mereka mula bersahabat sejak di bangku sekolah sejak lapan tahun lalu dan kini masing-masing sudah berusia 22 tahun.

“Kami dah berkawan dari 2012. Kami semua memang sekepala dan ‘tak betul sikit’. Biasanya kami keluar lepak makan-makan je, tak pernah lagi bercuti sama-sama.

“Ada rancang nak pergi ke tempat jauh sikit tapi selalu tak jadi. Kali ni kami buat ringkas je, bajet rendah. Pada saya tak perlu cari tempat mewah. Kalau kena dengan orang yang tepat, mesti seronok,” ujarnya lagi.

Saya sebenarnya terkejut bila viral. Saya kata pada kawan, seronok juga kalau viral sekali, tak sangka jadi betul-betul.

NUR AMIRA AIN A RAHMAN

RAKAN GADIS VIRAL

Sewaktu percutian satu malam itu, mereka melakukan beberapa aktiviti seperti berjalan-jalan di pantai, mandi kolam, makan-makan serta menonton Netflix bersama-sama.

Dedah Mira lagi, hubungan akrab mereka selama lapan tahun juga pernah diuji dengan pertelingkahan kecil sebelum ini.

Namun katanya, sikap toleransi dan saling menyokong antara satu sama lain membolehkan hubungan itu berkekalan sehingga hari ini.

Razita (paling kiri) diikuti Amira, Fayyadh dan Nurfatin sudah bersahabat sejak tahun 2012.

Sehingga kini, video aksi catwalk yang menghiburkan netizen itu menerima hampir 300,000 tontonan di Twitter.

Malah, ramai netizen turut menghujani ruangan komen dan memuji sikap selamba Fayyadh yang disifatkan sebagai kawan yang menjadi penghibur di kala duka.

“Saya sebenarnya terkejut bila viral. Saya kata pada kawan, seronok juga kalau viral sekali, tak sangka jadi betul-betul,” ujar Mira secara berseloroh mengulas penularan rakaman itu.

 

View this post on Instagram

 

Hahaha seronok ada member masuk air macam ni. Kan? Kredit: @whosmiraaa ) #mstaronline #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.