Sweet Qismina Dan Janna Nick Tunai Umrah Raih Perhatian Ramai

Menerusi Instagram, baru-baru ini Janna Nick ada memohon maaf kepada semua yang mengenalinya.

Perkara berkenaan mendapat perhatian ramai rakan selebriti dan peminatnya yang mendoakan dia dan keluarga yang kini difahamkan sedang menunaikan umrah.


“Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya… Halalkan segala makan minum & hutang piutang sekiranya ada (termasukla hutang bank, credit card & loan ASB dan sebagainya). Doakan

perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan.” Ujar Janna Nick menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Janna Nick turut mendoakan semua dapat menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan posting berkenaan bersama sekeping foto membuatkan dia menerima pelbagai respon daripada ramai.


Rata-rata mengaminkan doa daripada selebriti terkenal ini dan peminat serta pengikut dilaman Instagram juga mendoakan urusannya dipermudahkan di sana.

Tidak hanya selebriti ini saja meraih perhatian ramai, pelakon Sweet Qismina juga kini difahamkan sedang menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.

Perkara berkenaan turut dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya disamping turut memohon maaf kepada semua dan meminta agar peminat dan pengikut mendoakan urusannya dipermudahkan.


“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, I’ve touched down Medinah and I’m truthfully blessed. Saya mohon maaf kalau ada silap dan salah.”

“Izinkan saya sempurnakan segala amal ibadah & mohon doa daripada anda semuanya agar dapat dipemudahkan dan melaksanakan umrah yang mabrur. Amin.”

Apapun, semoga urusan kedua selebriti ini ditanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.