“Tak Berhenti Buat Kami Bangga” Nourul Depp Gembira Anak Terima Anugerah Dekan Kali Keempat

Penyanyi Nourul Depp berkongsi foto ‘throwback’ bersama anaknya, Ayu Nazirah yang berusia sekitar tiga tahun ketika itu.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Pada masa yang sama, Nourul juga meluahkan rasa gembira kerana Ayu kini telah menerima anugerah dekan dari pihak universiti buat kali keempat.

“@ayu_ace masa itu tiga tahun rasanya dekat Redang atau Tioman.

“Anak kecil dah besar dah, tak pernah berhenti buat kami bangga dengan dia, lahirkan dia ke dunia ini pun dah buat kami bangga.

“Anak yang sangat baik, tak pernah menyusahkan atau menyakiti kami, kali keempat dapat anugerah dekan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Masya-Allah terima kasih atas nikmat ini, Tahniah @ayu_ace,” tulis Nourul sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Nourul di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada Ayu atas pencapaian cemerlangnya itu.


Sekadar info, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada Februari 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.

Pada Jun 2012, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.