“Anak Kita Bislng, Jellng Pulak,” Pelajar Gunakan Kafe Sebagai ‘P0rt Study’, Haiza Buka Cerita

Haiza menerusi Instagram ada berpendapat, isu pelajar atau individu yang menggunakan kafe sebagai lokasi untuk belajar atau menyiapkan tugasan ialah hal yang harus diketengahkan.

Dia turut berkongsi sebuah artikel menerusi sebuah portal yang menyatakan restoran atau kafe bukanlah tempat sesuai bagi mengulangkaji pelajaran.

Malah jelas penyanyi Dag Dig Dug itu, dia pernah berdepan yang mana ketika kejadian di salah sebuah kafe popular, anaknya seolah-olah diberi amaran kerana membuat bising kerana didakwa mengganggu individu terbabit bagi menyempurnakan projek fesyen.

“LAMA DAH PERATI ISU NI.BUKAN MCD JE,STARBUCKS DAN SEMUA CAFE YANG SEWAKTU DENGANNYA.

“Kejadian di Starbucks JB,siap bwk kertas bentang sebesor besor meja.Buat projek fashion dia.Anak kita bising,jeling pulak!!Tak semua tapi ada perangai macam ni.Tq angkat story ni!!

“Reposted from @thereportermy Dua budak ni tengah gelak sakan tengok something kat gadget. Tetiba student perempuan ni datang, “Boleh tolong senyap tak?! Both of you disturbing our study. Kitorang tak fokus!”.

“Tu tempat makan kot? Nak study, carilah tempat lain. INSTASTORY SELANJUTNYA,” kongsinya.


Isu ini turut mendapat respon netizen yang turut berhadapan dengan keadaan yang sama.

Tiap orang, pasti akan ada pandangannya bukan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Haiza

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.