“Dengar Pujian Sikit Pun Dah Lega” Shiha Zikir

Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Shiha Zikir berasa gembira apabila menerima komen positif dari juri tetap Linda Jasmine dalam konsert keempat Ahad lalu.

Menurut Shiha yang diiringi kumpulan Squad dalam pertandingan itu, komen positif dari juri adalah satu perkara yang diharapkan setelah berusaha keras.

“Saya bersyukur dan gembira menerima komen positif dari Linda, pujian sebegitu mampu membuatkan kami berasa lega setelah berusaha keras.

“Kami semua ‘pecah kepala’ memikirkan tentang persembahan minggu keempat ini, sesi latihan juga bermula lebih lambat kerana memberi masa untuk koreografer mengumpul idea,” jelasnya.

Shiha berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu keempat Dansa Dan Sing bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad.

Tambah Shiha, komen positif dari pihak juri juga mampu membangkitkan semangat untuk mereka lakukan lebih baik di konsert akan datang.

“Dengar pujian sikit pun kami sudah rasa lega, apa yang penting ia mampu membangkitkan semangat untuk kami terus lakukan yang terbaik di konsert akan datang,” tambahnya.

Dalam konsert tersebut, Linda mengatakan persembahan Shiha dan Squad adalah yang pertama berjaya menyentuh perasaannya malam itu.

Selain Linda, ikon fesyen tersohor, Datuk Rizalman juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap dalam musim pertama ini.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.